Abstract
Pendidikan menjadikan manusia lebih memahami persekitaran serta sensitif kepada keperluan semasa. Berbekalkan pendidikan yang sempurna, manusia mampu berfikir secara lebih rasional dalam menangani pelbagai cabaran atau masalah. Lazimnya, pendidikan juga adalah penanda aras kepada kestabilan politik, kedudukan ekonomi dan taraf sosial masyarakat sesebuah negara. Lantas, universiti yang sering diungkapkan sebagai menara gading adalah institusi paling penting bagi memastikan pemindahan ilmu, iaitu pendidikan, dapat dilakukan dengan berkesan kepada seramai mungkin insan untuk dilatih sebagai tenaga mahir bagi memenuhi keperluan industri dan negara. Negara pada hari ini berhadapan dengan berbagai perubahan persekitaran kesan daripada globalisasi, perkembangan ekonomi, kecanggihan teknologi maklumat serta kepentingan komunikasi.
Metadata
Item Type: | Book |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Pejabat Pendaftar UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Pejabat Pendaftar |
Series Name: | Panduan Pentadbir UiTM |
Volume: | 2 |
Keywords: | Panduan Pentadbir UiTM, UiTM |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12839 |