Atlet bumiputera : tahap keyakinan diri dan pencapaian dalam sukan / Vincent A. Parnabas, Yahaya Mahamood dan Julinamary Parnabas

Parnabas, Vincent A. and Mahamood, Yahaya and Parnabas, Julinamary (2013) Atlet bumiputera : tahap keyakinan diri dan pencapaian dalam sukan / Vincent A. Parnabas, Yahaya Mahamood dan Julinamary Parnabas. In: Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu.

Abstract

Keyakinan diri adalah melakukan sesuatu tingkah laku dengan jayanya tanpa mempunyai perasaan risau, penilaian positif terhadap diri sendiri, dan mengharap pencapaian yang positif. Pencapaian tinggi atlet dalam sukan banyak bergantung kepada keyakinan. Walaubagaimana pun di Malaysia, belum ada satu kajian ilmiah yang secara khusus mengenal pasti tahap keyakinan diri dan pencapaian bumiputera. Beberapa kajian menunjukkan atlet yang memiliki kemahiran yang berbeza akan menunjukkan tahap keyakinan diri yang yang berbeza. Justeru itu, kajian ini akan bandingkan pelbagai kategori kemahiran atlet bumiputera iaitu yang mewakili universiti, daerah, negeri dan negara. Kajian ini telah memperolehi sebanyak 87 responden, yang merupakan atlet bumiputera, dari Universiti Teknologi MARA. Soal selidik Competitive State Anxiety Inventory – 2 (CSAI-2) digunakan, bagi tujuan untuk mengutip data. Dapatan kajian menunjukkan atlet elit atau yang mewakili negara memiliki tahap keyakinan diri yang lebih tinggi daripada atlet yang mewakili negeri, daerah dan universiti. Dapatan kajian juga menunjukkan atlet bumiputera yang memiliki tahap pencapaian yang tertinggi menunjukkan tahap keyakinan diri yang tertinggi jika dibandingkan dengan atlet yang memiliki tahap pencapaian sederhana atau rendah. Kajian ini bermanfaat bagi jurulatih, kaunselor sukan dan psikologi sukan, untuk membuat program-program yang berkaitan dengan peningkatan keyakinan diri bagi atlet bumiputera yang mengalami tahap keyakinan diri yang rendah supaya boleh memperbaiki pencapaian dalam sukan.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Parnabas, Vincent A.UNSPECIFIED
Mahamood, YahayaUNSPECIFIED
Parnabas, JulinamaryUNSPECIFIED
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Physical education and training. Physical fitness > Physical measurements. Physical tests, etc.
G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Sports > Athletic contests. Sports events
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Event Title: Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu
Page Range: pp. 78-83
Item ID: 12596
Uncontrolled Keywords: Keyakinan, kemahiran, pencapaian, bumiputera, atlet
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12596

Download

[img] Text
PRO_VINCENT A. PARNABAS IMP 13.pdf

Download (1MB)

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year