Bangsa Melayu dan orang Jawi menurut kitab Turath Arab / Wan Kamal Nadzif Wan Jamil

Wan Jamil, Wan Kamal Nadzif (2013) Bangsa Melayu dan orang Jawi menurut kitab Turath Arab / Wan Kamal Nadzif Wan Jamil. In: Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu.

[img] Text
PRO_WAN KAMAL NADZIF WAN JAMIL IMP 13.pdf

Download (2MB)

Abstract

Artikel ini menyingkap perbahasan istilah Jawi yang masyhur di kalangan orang Melayu dan penggunaan istilah ini di kalangan sarjana Tamadun Islam khususnya dalam kitab-kitab Arab. Berpandukan metodologi kajian teks turath dan hasil kajian kontemporari, istilah Jawi dikupas bagi mencari maksudnya dan perkaitannya dengan bangsa Melayu dan negeri Semenanjung Tanah Melayu. Kitab-kitab mengenai sejarah (Tarikh), negara (Bulda>n), keturunan (Ansa>b) dan bahasa (Lughah) menggunakan perkataan Jawi dalam beberapa bentuk antaranya orang-orang Jawi (al-Jawiyyu>n), semenanjung tanah Jawi (mul Ja>wah), negara Jawi (bila>d Ja>wah), anak cucu keturunan Jawi (bani Jawi) dan lembah yang luas (al-Jawa>’). Hasil kajian menunjukkan istilah Jawi dirujuk sebagai satu rumpun bangsa yang menetap di rantau alam Melayu dan negara yang mereka diami menerima pengaruh Islam hasil dari hubungan perdagangan yang telah berlaku jauh sebelum Nabi Muhammad SAW diutuskan. Artikel ini dapat merungkaikan hubungkait antara bangsa Melayu dengan bangsa Arab dengan memberi fokus kepada hubung kait Jawi sebagai nama bangsa dan tempat menurut tokoh sarjana Islam silam.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
CreatorsEmail
Wan Jamil, Wan Kamal NadzifUNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > Malaysian literature
Divisions: Institut Pemikiran & Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Event Title: Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu
Page Range: pp. 16-22
Item ID: 12590
Uncontrolled Keywords: Istilah jawi, Tamadun Islam, kitab Arab, Jawi
Last Modified: 02 Jun 2016 16:31
Depositing User: Admin Pendigitan PTAR
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12590

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year