Istiadat Konvokesyen Ke-62 : September 2005 : Dewan Sri Budiman, UiTM

Jabatan Komunikasi Korporat, UiTM (2005) Istiadat Konvokesyen Ke-62 : September 2005 : Dewan Sri Budiman, UiTM. Jabatan Komunikasi Korporat, Shah Alam.

Abstract

Saya bersyukur kerana universiti ini - universiti kebanggaan anak-anak bangsa kita ini sejak berzaman zaman
- berkesempatan sekali lagi untuk meraikan semua tetamu dalam satu proses pengiktirafan yang merupakan amalan akademik secara tradisi melalui Istiadat Konvokesyen ke-62 ini. Pada kali ini juga kita akan menyaksikan seramai 14463 graduan yang akan menerima ijazah, diploma dan sijil masingmasing. Pada kali ini juga terdapat penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat kepada tokoh seniman negara. Istiadat Konvokesyen adaiah amalan pusat pengajian tinggi yang menggabungkan unsur-unsur simbolisme, estetika dan ritual yang sangat bermakna kepada semua bakal graduan serta orang-orang yang terdekat dengan mereka. Bagaimanapun, tidak sebagaimana yang barangkali sering disangkakan orang, istiadat ini
bukanlah hanya upacara rasmi mengenai penganugerahan ijazah kepada graduan semata-mata. Memanglah menganugerahkan ijazah itu sebahagian daripada tujuan istiadat seperti ini diadakan. Bagaimanapun, apa yang turut penting adaiah kenyataan betapa perlambangan-perlambangan penting yang diselitkan dalam istiadat konvokesyen - seperti pengisytiharan graduan, pernyataan-pernyataan yang disampaikan, serta perkumpulan secara serentak bersama-sama ibubapa serta ahli keluarga - dengan sendirinya menandai proses awal ketibaan graduan pada suatu titik sementara di dalam kehidupan mereka. Titik iniiah yang kemudiannya akan diteruskan perjalanannya oleh setiap graduan berpandukan kepada apa yang mereka miliki, percaya, yakin dan kemudiannya diamalkan sebagai memulakan proses mematangkan kedewasaan mereka.

Metadata

Item Type: Book
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Jabatan Komunikasi Korporat, UiTM
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department
Keywords: Konvokesyen, UiTM
Date: 2005
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12313
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of BK_KONVOKESYEN UiTM 62_05.pdf] Text
BK_KONVOKESYEN UiTM 62_05.pdf

Download (44MB)

ID Number

12313

Indexing

Statistic

Statistic details