Abstract
Kemudahan pengangkutan di sesuatu kawasan adalah penting untuk kemudahan orang ramai melakukan pergerakan dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Berbagai jenis pengangkutan disediakan untuk memberi keselesaan kepada pengguna. Namun begitu terdapat pelbagai masalah yang timbul akibat daripada permasalahan peningkatan kenderaan bermotor yang tinggi ini.Masalah-masalah ini boleh di bahagikan kepada tiga aspek iaitu dari segi fizikal,sosial dan ekonomi. Masalah ini juga berkait rapat dengan isu alam sekitar. Oleh itu satu kajian perlu di jalankan untuk mengurangkan kadar kesesakan yang semakin meruncing di jalanraya.Kawasan perumahan juga tidak ketinggalan di
dalam menghadapi masalah ini. Alternatif yang dikenalpasti adalah dengan menggalakkan penggunaan basikal sebagai pengangkutan untuk jarak yang
dekat. Selain daripada berperanan penting di dalam kawasan perumahan ,penggunaan basikal juga boleh di luaskan penggunaannya di dalam bandar.
Bagi menjayakan saranan ini, perlu disediakan laluan basikal yang mampu menarik orang ramai untuk menggunakannya. Aspek-aspek keselamatan dan
keselesan perlu dititikberatkan di dalam membuat perancangan laluan basikal.Dengan perancangan yang baik dan teliti , tidak mustahil basikal menjadi pilihan
orang ramai untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain pada jarak yang dekat.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Anuar, Sulaiman UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Date: | 1998 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1195 |
Download
PPd_ANUAR SULAIMAN AP 98_5 P01.pdf
Download (73kB) | Preview