Pembangunan urbanisasi Sarawak dan cabarannya / Rosita Hj. Suhaimi

Hj. Suhaimi, Rosita (2001) Pembangunan urbanisasi Sarawak dan cabarannya / Rosita Hj. Suhaimi. Jurnal Akademik UiTM Sarawak, 2 (1). pp. 41-58. ISSN 0128-2635

Abstract

Proses urbanisasi di Sarawak memang sudah berkembang dengan pesat. Urbanisasi di Sarawak adalah disebabkan dua(2) faktor utama, iaitu pertambahan penduduk di kawasan bandar dan peningkatan penghijrahan, khususnya di bandar Kuching, Bintulu dan Miri. Secara keseluruhan, bilangan penduduk di kawasan bandar telah bertambah setelah satu dekad berlalu,
terutamanya di bandar-bandar utama seperti di Kuching, Bintulu, Miri dan Sibu. Pada tahun 1980, hanya 24.2% daripada penduduk tinggal di bandar Kuching. Keadaan ini sudah jauh berbeza pada tahun 1991, di mana 75.3% telah menetap di bandar. Ini disebabkan peningkatan penduduk ataupun disebabkan oleh penakrifan semula kawasan bandar. Bilangan penduduk di bandar terus meningkat ke 85.5% pada tahun 2000. Begitu juga bagi bandar Bintulu, Miri dan Sibu pada tahun 1991 dan 2000. Salah satu faktor yang mempercepatkan proses urbanisasi di Sarawak ialah migrasi penduduk. Daripada Band Penduduk 1991, penghijrahan antara tempat atau migrasi dalaman adalah tertinggi di Sarawak berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia, iaitu 10.7%. Bandar-bandar utama menjadi penerima bersihyang
besar seperti dalam tempoh 1986 - 1991, Kuching menerima 30,986 penghijrah, Miri menerima 20,800, Bintulu menerima 20,297penghijarah dan Sibu menerima 19,161 penghijrah. Pelbagai masalah telah menjadi cabaran kepada penduduk Sarawak, seperti pengangguran, kemiskinan, kesihatan
kurang memuaskan, pencapaian pendidikan yang rendah, dan
sosio-ekonomi luar bandar semakin merosot. Adalah dicadangkan agar beberapa tindakan strategik dilakukan agar masyarakat Sarawak dapat dimajukan pada masa hadapan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hj. Suhaimi, Rosita
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > Urbanization. City and country > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sarawak
Journal or Publication Title: Jurnal Akademik UiTM Sarawak
UiTM Journal Collections: Others > Jurnal Akademik UiTM Sarawak
ISSN: 0128-2635
Volume: 2
Number: 1
Page Range: pp. 41-58
Date: 2001
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11523
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of AJ_ROSITA HJ. SUHAIMI JAS 01.pdf] Text
AJ_ROSITA HJ. SUHAIMI JAS 01.pdf

Download (458kB)

ID Number

11523

Indexing

Statistic

Statistic details