Batu Aceh : Mesej dan deklorasi dalam masyarakat Melayu / Abdul Malek Hassan

Hassan, Abdul Malek (1993) Batu Aceh : Mesej dan deklorasi dalam masyarakat Melayu / Abdul Malek Hassan. Student Project. Faculty of Architecture, Planning and Surveying, Shah Alam. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
PPd_ABDUL MALEK HASSAN AP 93_5 P01.pdf

Download (124kB) | Preview

Abstract

'Harimau mati tinggalkan belang, Manusia mati tinggalkan nama' Peribahasa di atas meninggalkan kesan yang mendalam dalam kajian ini.Batu nisan,satu epigrafi yang terpenting dalam alam melayu yang menghuraikan beribu mesej dalam dan yang terpahat pada dadanya.Deklorasi dan garis-garis yang menghiasinya serta rupabentuk adalah berdasarkan unsur-unsur semulajadi yang berteraskan agama islam dimana pengamatan pertukangan yang tinggi . Ia juga berdiri sebagai satu monumen persejarahan melayu yang memaparkan seni falsafah alam Nusantara yang telah hidup ratusan tahun lampau tentang bahasa dan kesusasteraan. Dalam bab satu,pengolahan perbincangan sejarah yang ringkas mengenai permulaan kematian yang pertama dan Aceh dengan pergolakkan politik mereka di alam ini.Aceh juga dipercayai pelopor antara yang terawal dalam batu nisan yang melahirkan batu nisan yang dipanggil batu Aceh. Penampilan dan rekacoraknya dipanggil sebagai 'Acehese style' dan pengenalannya serta sejarah bahan kajian. Dalam bab kedua pula perbincang adalah berdasarkan pada isu kematian, kehidupan dalam masyarakat melayu yang berlandaskan islam. Bab ini juga memperkatakan tentang batu nisan yang digunakan dalam pengkebumian dan proses-proses pada upacara kematian sehinggalah pada pengkebumian. Manakala bab ketiga berkisar tentang taipologi dan terminalogi batu Aceh daripada jenis , sifat bahan , bentuk , rupa dan perkaitannya dengan penggunaan pada umur , status dan jantina.Secara ringkasnya ia membincangkan mengenai dan mengenali secara dekat apa yang dikatakan batu Aceh.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsEmail
Hassan, Abdul MalekUNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BH Aesthetics
N Fine Arts > NA Architecture
Divisions: Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Item ID: 1127
Last Modified: 30 Oct 2018 03:46
Depositing User: Staf Pendigitalan 1
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1127

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year