Kajian perancangan fungsi dan peranan masjid sebagai pusat ibadat dan pembentukan budaya keIslaman dalam masyarakat (Kajian kes : Pusat Bandar Seremban) / A. Azmi Ahmad

Ahmad, A. Azmi (1998) Kajian perancangan fungsi dan peranan masjid sebagai pusat ibadat dan pembentukan budaya keIslaman dalam masyarakat (Kajian kes : Pusat Bandar Seremban) / A. Azmi Ahmad. Student Project. Faculty of Architecture, Planning and Surveying, Shah Alam. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
PPd_A.AZMI AHMAD AP 98_5 P01.pdf

Download (89kB) | Preview

Abstract

Kajian akhir ini membincangkan aspek-aspek yang berkaitan dengan 'Kajian Perancangan Dan Fungsi Masjid Sebagai Pusat Keagamaan Dan Pembentukan Budaya KeIslaman Dalam Masyarakat'. Pemilihan tajuk ini adalah kerana memandangkan kedudukan masjid masa kini terutamanya di kawasan bandar adalah semakin di jauhi oleh segelintir masyarakat. Pembejatan masalah sosial yang semakin meruncing di dalam masyarakat Malaysia amnya dan masyarakat Bandar Seremban khususnya terutama yang melibatkan golongan-golongan remaja dan belia amnya sama ada yang menetap di bandar atau di luar bandar telah membuka ruang di dalam memilih kajian keadaan masjid masa kini. Peranan dan fungsi institusi masjid yang suatu ketika dahulu memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat telah berubah kepada hanya sebagai tempat beribadat dan upacara-upacara keagamaan sahaja. Peranan dan fungsi yang pernah dijalankan oleh institusi masjid ketika zaman keagungan Islam terutamanya ketika zaman Rasulullah s.a.w. adalah sebagai landasan di dalam mengkaji keadaan masjid di masa tersebut serta perbandingannya dengan fungsi dan peranan masjid masa kini. Peranan para perancang bandar di dalam mengembalikan era kegemilangan institusi masjid adalah sebagai satu cabaran yang harus dipikul bersama agar masalah-masalah sosial di dalam masyarakat dapat di bendung. Dengan menjadikan Agama Islam Ad-Din sebagai pegangan yang mutlak di dalam kehidupan 'insyaAllah'; Wawasan 2020 yang menjadi matlamat utama negara dengan izin Allah s.w.t akan tercapai. Akhir sekali adalah diharapkan agar kajian ini dapat dijadikan sebagai satu garis panduan di dalam merancang dasar-dasar perancangan dan pembangunan masjid agar perkembangan dan kemajuan yang akan dicapai tidak tersimpang dari hukum-hukum yang telah syaiatkan oleh Allah s.w.t.kepada umat manusia.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsEmail
Ahmad, A. AzmiUNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction
N Fine Arts > NA Architecture
Divisions: Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Item ID: 1088
Last Modified: 25 Oct 2018 06:24
Depositing User: Staf Pendigitalan 1
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1088

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year