Kajian perancangan fungsi dan peranan masjid sebagai pusat ibadat dan pembentukan budaya keIslaman dalam masyarakat (Kajian kes : Pusat Bandar Seremban) / A. Azmi Ahmad

Ahmad, A. Azmi (1998) Kajian perancangan fungsi dan peranan masjid sebagai pusat ibadat dan pembentukan budaya keIslaman dalam masyarakat (Kajian kes : Pusat Bandar Seremban) / A. Azmi Ahmad. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kajian akhir ini membincangkan aspek-aspek yang berkaitan dengan 'Kajian
Perancangan Dan Fungsi Masjid Sebagai Pusat Keagamaan Dan Pembentukan
Budaya KeIslaman Dalam Masyarakat'. Pemilihan tajuk ini adalah kerana
memandangkan kedudukan masjid masa kini terutamanya di kawasan bandar adalah
semakin di jauhi oleh segelintir masyarakat. Pembejatan masalah sosial yang semakin
meruncing di dalam masyarakat Malaysia amnya dan masyarakat Bandar Seremban
khususnya terutama yang melibatkan golongan-golongan remaja dan belia amnya
sama ada yang menetap di bandar atau di luar bandar telah membuka ruang di dalam
memilih kajian keadaan masjid masa kini. Peranan dan fungsi institusi masjid yang
suatu ketika dahulu memainkan peranan yang penting di dalam masyarakat telah
berubah kepada hanya sebagai tempat beribadat dan upacara-upacara keagamaan
sahaja. Peranan dan fungsi yang pernah dijalankan oleh institusi masjid ketika zaman
keagungan Islam terutamanya ketika zaman Rasulullah s.a.w. adalah sebagai landasan
di dalam mengkaji keadaan masjid di masa tersebut serta perbandingannya dengan
fungsi dan peranan masjid masa kini. Peranan para perancang bandar di dalam
mengembalikan era kegemilangan institusi masjid adalah sebagai satu cabaran yang
harus dipikul bersama agar masalah-masalah sosial di dalam masyarakat dapat di
bendung. Dengan menjadikan Agama Islam Ad-Din sebagai pegangan yang mutlak di
dalam kehidupan 'insyaAllah'; Wawasan 2020 yang menjadi matlamat utama negara
dengan izin Allah s.w.t akan tercapai. Akhir sekali adalah diharapkan agar kajian ini
dapat dijadikan sebagai satu garis panduan di dalam merancang dasar-dasar
perancangan dan pembangunan masjid agar perkembangan dan kemajuan yang akan
dicapai tidak tersimpang dari hukum-hukum yang telah syaiatkan oleh Allah
s.w.t.kepada umat manusia.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad, A. Azmi
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction
N Fine Arts > NA Architecture
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Date: 1998
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1088
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_A.AZMI AHMAD AP 98_5 P01.pdf]
Preview
Text
PPd_A.AZMI AHMAD AP 98_5 P01.pdf

Download (89kB) | Preview

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

1088

Indexing

Statistic

Statistic details