Peranan media massa dalam pembangunan modal insan: kajian kes di kalangan pelajar FKPM UiTM Melaka / Aini Faezah Ramlan and Siti Hajar Abd Aziz

Ramlan, Aini Faezah and Abd Aziz, Siti Hajar (2012) Peranan media massa dalam pembangunan modal insan: kajian kes di kalangan pelajar FKPM UiTM Melaka / Aini Faezah Ramlan and Siti Hajar Abd Aziz. Research Reports. Research Management Institute (RMI), Shah Alam. (Submitted)

[img] Text
LP_AINI FAEZAH RAMLAN RMI 12_24.pdf

Download (377kB)

Abstract

Media massa mempunyai pelbagai peranan yang besar dalam pembangunan sesebuah Negara. Pembangunan ini tidak boleh dilihat dari aspek pembangunan fizikal semata-mata tetapi pembangunan modal insan harus juga dilihat sebagai satu agenda penting negara untuk menjamin kemajuan sesebuah negara dalam pelbagai aspek termasuk di dalam bidang sains, teknologi dan keusahawanan. Hasrat untuk melahirkan dan membangunkan modal insan berhadapan dengan cabaran budaya hedonisme dan budaya popular terutamanya di kalangan remaja yang dibawa oleh media massa. Kesan dan pengaruh media massa terhadap khalayak telah lama hangat diperkatakan dan dibincangkan oleh para ilmuan dan ulama. Fenomena penjajahan budaya yang disebut sebagai ‘cultural imperialisme’ sangat ketara diamalkan oleh golongan remaja menerusi cara pergaulan, pakaian, hiburan dan aktiviti seharian. Peranan media massa yang utama sebagai sumber maklumat telah disalahgunakan untuk mendapatkan hiburan semata-mata. Penyelidikan ini bertujuan meninjau peranan media massa dalam usaha pembangunan modal insan, di samping menganalisa tahap penggunaan media di kalangan remaja. Dapatan daripada kajian ini diharap dapat membantu pengamal media dalam merangka kandungan media yang sesuai untuk pembangunan umat sejagat.

Item Type: Monograph (Research Reports)
Creators:
CreatorsID Num.
Ramlan, Aini FaezahUNSPECIFIED
Abd Aziz, Siti HajarUNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Melaka
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Communication. Mass media > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka
Item ID: 10711
Last Modified: 14 Nov 2018 09:16
Depositing User: Staf Pendigitalan 1
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/10711

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year