Kajian keperluan kemudahan pelajar di Universiti Teknologi MARA, Kampus Seri Iskandar, Cawangan Perak Darul Ridzuan / Mohamed Noor Mohid , Aszhar Ab Rahman , Idrus Abd Shukor

Mohid, Mohamed Noor and Ab Rahman, Aszhar and Abd Shukor, Idrus (2003) Kajian keperluan kemudahan pelajar di Universiti Teknologi MARA, Kampus Seri Iskandar, Cawangan Perak Darul Ridzuan / Mohamed Noor Mohid , Aszhar Ab Rahman , Idrus Abd Shukor. Research Reports. Institute of Research, Development and Commercialization , Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. (Submitted)

[img]
Preview
Text
LP_MOHAMED NOOR MOHID_03_5 1.pdf

Download (86kB) | Preview

Abstract

Penyediaan kemudahan pelajar amatlah penting di dalam mempengaruhi proses pendidikan serta mencorak kehidupan para pelajar sebagai warga IPT. Terbahagi kepada dua ketegori kemudahan iaitu kemudahan akademik dan kemudahan bukan akademik. Penyediaan kemudahan yang tidak mencukupi atau tidak disediakan kemudahan dan kemampuan kemudahan berkenaan untuk menyokong atau membantu kemajuan pelajar sama ada di kampus ataupun di kolej telah menjadi fokus utama kajian ini dijalankan. Kajian meliputi 510 responden dari beberapa fakulti dan program di UiTM, Kampus Seri Iskandar, Cawangan Perak Darul Ridzuan. Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti tahap kepuasan serta kepentingan penyediaan kemudahan sama ada di kampus atau di kolej yang menjadi subjek utama untuk diberi penekanan di dalam kajian ini bagi melihat sejauhmana keberkesanan penyediaannya kepada para pelajar. Penggunaan sistem pengkalan data dan analisis indeks kepentingan dan kepuasan digunakan bagi menjalankan analisis sehingga penemuan hasil kajian. Penggunaan indeks akan dapat menentukan tahap serta nilai kemudahan apabila ianya disusun mengikut hirarki indeks berkenaan. Hasil penemuan telah mendapati beberapa isu serta masalah berkaitan penyediaan kemudahan berkenaan, cadangan responden untuk meningkatkan penyediaan kemudahan dan hirarki kepentingan serta kepuasan kemudahan yang disediakan. Berdasarkan kepada penemuan, cadangan lebih menjurus kepada peningkatan dan penambahbaikan beberapa kemudahan untuk lebih memberi kemudahan serta keselesaan kepada para pelajar dan juga warga UiTM yang lain. Hirarki kepentingan dan kepuasan pula akan dapat membantu pihak pengurusan mengenalpasti tahap serta nilai kemudahan yang telah disediakan dan juga menyediakan tindakan susulan bagi memperbaiki atau menambah keperluan kemudahan.

Item Type: Monograph (Research Reports)
Uncontrolled Keywords: Kemudahan pelajar, UiTM Perak
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education
L Education > LB Theory and practice of education > School life. Student manners and customs. Students > General works > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA Perak, Seri Iskandar
Depositing User: Staf Pendigitan 1
Date Deposited: 20 Jan 2012 03:06
Last Modified: 26 May 2016 07:46
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/4679

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year