Mengenalpasti punca-punca kedatangan pelancong yang bermusim dalam pelancongan di Gunung Ledang, Johor / Chew Sze Siong, Nor Asikin Shaharuddin and Lim Lee Sah

Chew, Sze Siong and Shaharuddin, Nor Asikin and Lim, Lee Sah (2009) Mengenalpasti punca-punca kedatangan pelancong yang bermusim dalam pelancongan di Gunung Ledang, Johor / Chew Sze Siong, Nor Asikin Shaharuddin and Lim Lee Sah. Research Reports. Research Management Institute (RMI), Shah Alam. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
LP_CHEW SZE SIONG RMI 09_5 1.pdf

Download (97kB) | Preview

Abstract

Seasonality dalam permintaan pelancongan merupakan satu isu yang semakin mendapat perhatian daripada semua sektor yang terlibat dalam industri pelancongan khasnya di kawasan tarikan yang terletak di kawasan sempadan (peripheral destinations) dan kawasan tarikan pelancong yang mempunyai perubahan empat (4) musim di sepanjang tahun. Fenomena seosonality paling ketara yang boleh dilihat di negara Malaysia adalah di destinasi pelancongan kepulauan yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa seasonality mungkin juga berlaku di kawasan-kawasan terikan yang lain di Malaysia. Tujuan penyelidikan ini dijalankan ialah untuk mengenalpasti punca-punca seasonality dalam pelancongan di Gunung Ledang. Kewujudan seasonality adalah hasil daripada permintaan pelancongan yang bermusim di sesebuah kawasan destinasi yang tertentu. Oleh itu, soal selidik pelawat dijalankan bagi mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan pelancong di Gunung Ledang. Hasil kajian mendapati bahawa Gunung Ledang merupakan kawasan tarikan yang sering dikunjungi oleh pelawat harian yang terdiri daripada golongan belia dan pelawat yang datang bersama seisi keluarga. Oleh itu, cuti hujung minggu dan cuti sekolah merupakan masa yang paling sesuai bagi mereka untuk membuat lawatan atau bercuti. Tambahan pula, jarak perjalanan yang jauh dan kekurangan kawasan tarikan lain di sekitar Gunung Ledang tidak dapat menarik kedatangan pelawat pada hari-hari biasa selain daripada musim cuti. Ini jelas menunjukkan bahawa masa cuti, jarak perjalanan dan kawasankawasan tarikan yang terhad di sekitar Gunung Ledang merupakan punca-punca yang menyebabkan seasonality dalam pelancongan di Gunung Ledang.Gunung Ledang dilihat berpotensi untuk dibangunkan dan dipromosikan sebagai sebuah wilayah pelancongan yang mempunyai pelbagai produk pelancongan yang berasaskan sumberjaya tempatan. Maka, tindakan yang sewajarnya harus diambil oleh pihak-pihak yang terlibat supaya masalah seasonality dalam pelancongan di Gunung Ledang dapat diatasi dengan secepat mungkin.

Item Type: Monograph (Research Reports)
Uncontrolled Keywords: Seasonality, pelancongan, industri pelancongan
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure
Divisions: Research Management Institute (RMI)
Depositing User: Staf Pendigitan 1
Date Deposited: 18 Apr 2011 01:21
Last Modified: 31 May 2016 08:49
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/2296

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year