Pemikiran matematik orang Melayu Terengganu dalam pembentukan corak tenunan songket / To' Puan Prof Madya Dr Rokiah Embong … [et al.]

Embong, Rokiah and Maidinsah, Hamidah and Abd Wahab, Zubaidah and Abdul Aziz, Nor Maizan (2012) Pemikiran matematik orang Melayu Terengganu dalam pembentukan corak tenunan songket / To' Puan Prof Madya Dr Rokiah Embong … [et al.]. Research Reports. Research Management Institute (RMI), Shah Alam. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
LP_ROKIAH EMBONG RMI 12_5.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Kajian ini merupakan kajian dalam bidang Etnomatematik iaitu satu sub-bidang matematik yang agak baru dikembangkan di Malaysia. Etnomatematik merujuk pengkajian tentang matematik yang dibina oleh penduduk dari pelbagai bangsa atau kaum yang mempunyai budaya masing-masing. la membabitkan kajian tentang pemikiran matematik kaum tertentu dalam tradisinya atau sub-budayanya termasuklah pemikiran mereka tentang nombor, corak, dan pemikiran logik. Industri tenunan songket merupakan salah satu industri tekstil Melayu yang unik khususnya di negeri Terengganu dan Kelantan. Penghasilan corak songket memerlukan daya kreativiti, imaginasi yang tinggi dan pemikiran yang jelas oleh penenunnya. Bagi seorang penenun, ilham melakar motif dan corak tercetus daripada daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi dan unik. Corak dalam tenunan songket turut melambangkan penghayatan terhadap alam sekitar serta suasana dalam masyarakat. Misalnya, motifmotif yang berasaskan flora dan fauna, ruang dan jarak antara motif dan bilangan genap dalam ulangan motif menunjukkan pentingnya kesepaduan masyarakat tersebut. Kebanyakan corak terhasil mempunyai bentuk-bentuk geometri serta menggunakan konsep-konsep matematik. Dengan itu, pemikiran matematik dan seni merupakan satu gabungan yang indah dalam melahirkan modal insan yang tinggi nilainya.

Item Type: Monograph (Research Reports)
Uncontrolled Keywords: Pemikiran matematik orang Melayu Terengganu; corak tenunan songket; Melayu Terengganu
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences > Environmental ethics
T Technology > TT Handicrafts Arts and crafts > Clothing manufacture
Divisions: Research Management Institute (RMI)
Depositing User: Staf Pendigitalan 5
Date Deposited: 06 Sep 2017 08:56
Last Modified: 06 Sep 2017 08:56
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/17751

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year