Perkongsian pendapatan suami isteri dalam keluarga Islam dan impak kepada kualiti hidup / Azhar Abdul Aziz , Raihanah Hj Azahari and Khairul Faezi Mohd Said

Abdul Aziz, Azhar and Azahari, Raihanah and Mohd Said, Khairul Faezi (2016) Perkongsian pendapatan suami isteri dalam keluarga Islam dan impak kepada kualiti hidup / Azhar Abdul Aziz , Raihanah Hj Azahari and Khairul Faezi Mohd Said. Journal of Contemporary Islamic Studies, 2 (1). pp. 143-160. ISSN 2289-9634

[img]
Preview
Text
AJ_AZHAR ABDUL AZIZ JCIS 16.pdf

Download (38MB) | Preview

Abstract

Amalan dalam keluarga Islam dimana isteri bekerja untuk membantu suami dalam perbelanjaan rumah tangga bukanlah sesuatu yang baharu. Malah ia telah diamalkan sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Bagaimanapun fenomena perkongsian pendapatan ini telah pun dibincangkan oleh fuqaha tetapi secara implisit. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti impak amalan perkongsian pendapatan dan kadar sumbangan suami terhadap perbelanjaan untuk peningkatan kualiti hidup yang menepati tuntutan ma 'ruf. Berdasarkan kepada kajian yang dilakukan di Shah Alam terhadap 500 responden menggunakan metod purposive cluster random sampling, dapatan kajian menunjukkan bahawa isteri telah menyumbang separuh daripada pendapatan mereka dalam aspek perbelanjaan untuk menjamin kualiti hidup. Malahan, hasil kajian ini turut menunjukkan bahawa perbelanjaan yang diberikan suami tidak menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup dan tidak menepati tuntutan ma'ruf. Kajian mendapati, sejumlah 9.5% suami telah mengabaikan langsung nafkah asasi dan 12.2% bagi perbelanjaan nafkah untuk peningkatan kualiti hidup. Manakala 52.6% suami yang memberikan nafkah tidak menepati tuntutan ma 'ruf dalam nafkah asasi dan 53.2% bagi perbelanjaan nafkah untuk peningkatan kualiti hidup. Kajian ini mencadangkan bagi mencapai had ma 'ruf dalam perbelanjaan, suami haruslah menyumbang 2/3 manakala isteri pula menyumbang 1/3 daripada keseluruhan perbelanjaan untuk kualiti hidup. Cadangan untuk kajian seterusnya perlu melihat apakah aspek perbelanjaan yang paling besar dilakukan oleh suami hingga menyebabkan nafkah yang diberikan tidak mencapai had ma ’ruf menurut syarak.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Perkongsian Pendapatan. Keluarga Islam. Kualiti Hidup. Fuqaha. Nafkah.
Subjects: K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh > Domestic relations (Islamic law). Family law > Marriage (Islamic law). Nikāḥ. Zawāj. نكاح. زواج
Divisions: Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Depositing User: Staf Pendigitalan 5
Date Deposited: 06 Apr 2017 04:05
Last Modified: 06 Apr 2017 04:05
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16528

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year