Fenomena pengekalan dan peralihan dialek dalam kalangan masyarakat di Kg Pendiat, Bota / Nor Aqilah Aliasam

Aliasam, Nor Aqilah (2016) Fenomena pengekalan dan peralihan dialek dalam kalangan masyarakat di Kg Pendiat, Bota / Nor Aqilah Aliasam. Student Project. Academy of Language Studies, Shah Alam. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
PPb_NOR AQILAH ALIASAM APB 16_5.pdf

Download (61kB) | Preview

Abstract

Kajian fenomena pengekalan dan peralihan dialek dalam kalangan masyarakat di Kg Pendiat, Bota ini telah dianalisis menggunakan Teori Domain oleh Fishman (1972), Teori Pengekalan Bahasa oleh Holmes (1992:62) dan Teori Peralihan Bahasa oleh Rajeshwari Pandharipande (1992). Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pemilihan bahasa yang digunakan mengikut domain dalam kalangan masyarakat, mengenal pasti pengekalan dan peralihan dialek mengikut generasi dan mengenal pasti fenomena pengekalan dan peralihan dialek Perak dalam kalangan masyarakat.Kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data adalah kaedah soal selidik, pemerhatian dan temu bual terhadap masyarakat.Jumlah responden kajian ini sebanyak 50 orang dan informan kajian ini pula sebanyak 20 orang. Analisis dan dapatan kajian ini mendapati bahawa generasi pertama memilih untuk menggunakan dialek dalam domain kekeluargaan, domain jual beli (transaksi) dan domain pekerjaan.Mereka menggunakan bahasa Melayu dalam domain kejiranan dan persahabatan, domain keagamaan, domain pendidikan dan domain pemerintahan.Generasi kedua pula memilih untuk menggunakan dialek dalam domain kekeluargaan dan domain kejiranan dan persahabatan.Mereka menggunakan bahasa Melayu dalam domain keagamaan, domain jual beli (transaksi), domain pendidikan, domain pemerintahan dan domain pekerjaan. Generasi ketiga pula memilih untuk menggunakan bahasa Melayu dalam kesemua domain iaitu domain kekeluargaan, domain kejiranan dan persahabatan, domain keagamaan, domain jual beli (transaksi), domain pendidikan, domain pemerintahan dan domain pekerjaan.Seterusnya, generasi pertama dilihat berusaha mengekalkan penggunaan dialek berbanding generasi kedua dan generasi ketiga yang dilihat sudah beralih menggunakan bahasa Melayu berbanding dialek.Jelas bahawa fenomena pengekalan dialek dan peralihan dialek wujud dalam masyarakat Kg Pendiat, Bota, Perak.

Item Type: Monograph (Student Project)
Uncontrolled Keywords: Dialek; Melayu; Masyarakat
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and languages
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > Malay language. General works. History
Divisions: Academy of Language Studies
Depositing User: Staf Pendigitan 2
Date Deposited: 13 Mar 2017 09:18
Last Modified: 13 Mar 2017 09:18
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16212

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year