Elemen semiotik dalam seni persembahan Rodat Terengganu / Faiz Syahmi Mohd

Mohd, Faiz Syahmi (2016) Elemen semiotik dalam seni persembahan Rodat Terengganu / Faiz Syahmi Mohd. Student Project. Academy of Language Studies, Shah Alam. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
PPb_FAIZ SYAHMI MOHD APB 16_5.pdf

Download (235kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat elemen-elemen semiotik yang terdapat pada seni persembahan Rodat Terengganu lama dan baru.Semiotik merupakan tanda, simbol atau perlambangan.Elemen semiotik ini dilihat berdasarkan kepada kerangka konsep daripada Saussure (1974) yang menjelaskan tanda dipecahkan kepada dua komponen iaitu signifier dan signified.Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang menghuraikan secara deskriptif dapatan yang diperolehi.Pemerhatian, temu bual dan rakaman pula digunakan sebagai kaedah kajian untuk mendapatkan dapatan.Hasil daripada dapatan kajian mendapati perbezaan dalam seni persembahan Rodat Terengganu lama dan baru.Elemen-elemen semiotik yang terdapat dalam Rodat Terengganu lama dan baru dilihat memberikan perspektif baru terhadap seni persembahan tersebut.

Item Type: Monograph (Student Project)
Uncontrolled Keywords: Persembahan Rodat; Elemen Semiotik; Seni Persembahan
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > The performing arts. Show business
Divisions: Academy of Language Studies
Depositing User: Staf Pendigitan 2
Date Deposited: 13 Mar 2017 08:56
Last Modified: 13 Mar 2017 08:56
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16208

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year