Analisis perbandingan bentuk kata kerja bahasa Melayu dan bahasa Inggeris : Kajian berdasarkan buku kumpulan cerpen ‘BIDADARI BURUNG’ dan buku terjemahannya ‘THE BIRD NYMPH’ / Nuaimah Ahmad Zaiki @ Ahmad Zaki

Ahmad Zaiki @ Ahmad Zaki, Nuaimah (2016) Analisis perbandingan bentuk kata kerja bahasa Melayu dan bahasa Inggeris : Kajian berdasarkan buku kumpulan cerpen ‘BIDADARI BURUNG’ dan buku terjemahannya ‘THE BIRD NYMPH’ / Nuaimah Ahmad Zaiki @ Ahmad Zaki. Student Project. Academy of Language Studies, Shah Alam. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
PPb_NUAIMAH AHMAD ZAIKI@AHMAD ZAKI APB 16_5.pdf

Download (369kB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah untuk meneliti perbandingan bentuk kata kerja bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti bentuk kata kerja yang terdapat dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta melihat persamaan dan perbezaan bentuk kata kerja dalam kedua bahasa tersebut.Data diperoleh daripada bentuk bentuk kata kerja yang terdapat dalam buku Bidadari Burung dan terjemahannya The Bird Nymph.Penganalisisan data dibuat berdasarkan pendekatan analisis kontrastif.Bentuk-bentuk kata kerja dilihat berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga oleh Nik Safiah et.al, (2011) dan Understanding and Using English Grammar Third Edition oleh Betty Schrampfer Azar (2006).Berdasarkan analisis yang dibuat, terdapat empat bentuk kata kerja bahasa Melayu dan begitu juga dalam bahasa Inggeris yang mengandungi empat bentuk kata kerja.Kajian mendapati terdapat perbezaan kerana bentuk kata kerja ganda dan kata kerja majmuk tidak terdapat dalam bahasa Inggeris.Sehubungan dengan itu, perbezaan bentuk kata kerja merupakan kebiasaan dalam kaedah analisis kontrastif kerana wujud perbezaan budaya dalam bahasa antara bahasa sumber dan bahasa sasaran.

Item Type: Monograph (Student Project)
Uncontrolled Keywords: Kata kerja bahasa Melayu; Kata kerja bahasa Inggeris; Kata kerja ganda; Kata kerja majmuk
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language. Linguistic theory. Comparative grammar > Philosophy, origin, etc. of language > Bilingualism and multilingualism in children
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Study and teaching. Research
Divisions: Academy of Language Studies
Depositing User: Staf Pendigitan 2
Date Deposited: 14 Mar 2017 02:37
Last Modified: 14 Mar 2017 02:37
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16192

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year