Analisis konteks wacana dalam novel contengan jalanan / Muhammad Faizuddin Hashim

Hashim, Muhammad Faizuddin (2016) Analisis konteks wacana dalam novel contengan jalanan / Muhammad Faizuddin Hashim. Degree thesis, Universiti Teknologi Mara.

[img]
Preview
Text
PPb_MUHAMMAD FAIZUDDIN HASHIM APB 16_5.pdf

Download (128kB) | Preview

Abstract

Konteks wacana merupakan salah satu topik dalam analisis wacana yang menentukan pentafsiran makna sesebuah wacana disebabkan pengertian teks dalam wacana menunjukkan teks tersebut memiliki struktur yang saling berkait antara satu sama lain. Oleh hal yang demikian, analisis wacana jelas menunjukkan bahawa ia merupakan salah satu cabang ilmu linguistik yang memfokuskan kepada pertautan dan ketenunan perkataan demi perkataan, ayat demi ayat serta perenggan demi perenggan yang membentuk sebuah wacana yang lengkap. Kajian analisis wacana ini melihat kepada analisis konteks wacana dalam novel Contengan Jalanan karya Hlovate (2011). Teori yang diketengahkan oleh Brown dan Yule (1987) menjadi panduan utama bagi menganalisis konteks wacana mengikut jenis-jenisnya iaitu rujukan, praanggapan, implikatur dan inferens. Penentuan data kajian ini diambil sebanyak 229 perenggan daripada jumlah keseluruhan perenggan dalam novel ini iaitu 1065. Hal ini demikian kerana, dengan bilangan perenggan sebanyak itu sudah memadai untuk menganalisis konteks wacana dalam kajian ini. Keempat-empat jenis konteks wacana ini dianalisis dengan mengenal pasti petikan atau dialog dalam data kajian yang menerapkan empat jenis konteks wacana ini. Selain itu, jenis konteks wacana ini juga dikira kekerapan penggunaannya bagi mendapatkan jenis konteks wacana yang lazim digunakan dalam data kajian. Kata kunci: konteks wacana; rujukan; praanggapan; implikatur; inferens.

Item Type: Thesis (Degree)
Uncontrolled Keywords: Konteks wacana; Novel; Contengan Jalanan
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Semantics
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Content analysis (Communication)
Divisions: Academy of Language Studies
Depositing User: Staf Pendigitan 2
Date Deposited: 14 Mar 2017 02:28
Last Modified: 06 Apr 2017 02:59
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/16185

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year