Kaji selidik mengenai penggunaan media elektronik di kalangan pelajar tahun akhir di Fakulti Pengurusan Maklumat / Mardiah Hj. Abdul Aziz

Hj. Abdul Aziz, Mardiah (2006) Kaji selidik mengenai penggunaan media elektronik di kalangan pelajar tahun akhir di Fakulti Pengurusan Maklumat / Mardiah Hj. Abdul Aziz. Student Project. Faculty of Information Management, Puncak Perdana, Selangor. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
PPb_MARDIAH HJ. ABDUL AZIZ IM 06_5.pdf

Download (7MB) | Preview

Abstract

Pengenalan Koridor Raya Multimedia (MSC) pada 1997 yang lalu telah memperkenalkan kita kepada tujuh aplikasi perdana yang perlu digapai menjelang tahun 2020 merupakan satu anjakan paradigma dalam melahirkan generasi yang bermaklumat dan berpengetahuan tinggi dalam teknologi maklumat. Fenomena ini mengharuskan pelajar berupaya memandu proses pembelajaran mereka dalam persekitaran pembelajaran elektronik manakala pendidik perlu bersiap siaga menyatupadukan penggunaan teknologi maklumat dalam strategi pengajaran. Dengan kewujudan teknologi multimedia ianya akan merubah daripada penggunaan bahan dan bentuk yang tradisional kepada penggunaan alat bantu mengajar. Ini akan memastikan pengajar akan menggunakan bahan media yang ada bagi membolahkan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan mempelbagaikan kaedah pengajaran serta mampu memberikan kesan dan impak yang positif kepada pelajar. Dengan penggunaan media di dalam pembelajaran ianya akan menggalakkan pelajar berkongsi pendapat, menjadi labih kreatif, mempertingkatkan lagi kemahiran yang pelbagai. Kajian ini akan meninjau penggunaan media elektronik di kalangan pelajar-pelajar tahun akhir ijazah di Fakulti Pengajian Maklumat.

Item Type: Monograph (Student Project)
Uncontrolled Keywords: Koridor Raya Multimedia (MSC); Pembelajaran elektronik
Subjects: Z Bibliography. Library Science. Information Resources (General) > Library Science. Information Science
Z Bibliography. Library Science. Information Resources (General) > Information in specific formats or media
Divisions: Faculty of Information Management
Depositing User: Staf Pendigitan 3
Date Deposited: 04 Jan 2017 07:25
Last Modified: 04 Jan 2017 07:25
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/15774

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year