Kemampuan pelajar Seni Lukis dan Seni Reka Grafik dalam penggunaan 'tools', bar menu dan tetingkap palet dalam perisian Photoshop (Kajian kes: pelajar UiTM Melaka) / Mohammad Aszim Mohd Rasid

Mohd Rasid, Mohammad Aszim (2003) Kemampuan pelajar Seni Lukis dan Seni Reka Grafik dalam penggunaan 'tools', bar menu dan tetingkap palet dalam perisian Photoshop (Kajian kes: pelajar UiTM Melaka) / Mohammad Aszim Mohd Rasid. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

[img]
Preview
Text
TD_MOHAMMAD ASZIM MOHD RASID AD 03_5.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Tujuan dan matlamat : Kajian Ini bertujuan adalah untuk mengolah serta meneliti apakah kebolehan seseorang pelajar Senireka dan Senilukis (Grafik) dalam menggunakan perisian photoshop. Penulis juga mengkaji tentang tujuan, asas, cara penggunaan dan apa yang pelajar-pelajar Seni Lukis Dan Seni Reka (Grafik) dapat hasilkan melalui penggunaan perisian Photoshop. Kepentingan : Penyelidikan ini mempunyai kepentingannya iaitu dapat melihat sejauh mana pencapaian pelajar dalam penguasaan perisian Photoshop. Di samping itu, ianya dapat memberikan gambaran yang jelas mengenai masalah dan juga cabaran yang perlu dilalui dalam mempelajari perisian tersebut. Ianya juga boleh dijadikan sebagai bahan rujukan dalam membantu pengkaji-pengkaji baru yang ingin membuat tajuk yang hampir sama dengan penulis atau mengkaji perisian photoshop samada kepada golongan pelajar khususnya kepada pelajar-pelajar Senireka dan Senilukis (Grafik), golongan pensyarah, setiap pereka grafik, syarikat pengiklanan sehinggalah kepada golongan yang professional. Secara tidak langsung, ianya akan dapat membuka minda masyarakat khususnya pereka grafik agar menjadi lebih kreatif dan berinovatif. Kaedah dan metodologi: Dalam kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan, penulis telah menggunakan 2 kaedah dan prosedur dalam proses pengumpulan maklumat iaitu melalui kaedah soal selidik dan pemerhatian. Kaedah pertama yang dijalankan dalam penyelidikan ini ialah melalui soalan soal selidik yang telah diberikan kepada pelajar-pelajar Senireka dan Senilukis (Grafik) yang sememangnya menggunakan perisian photoshop ini dalam pembelajaran mereka. Kaedah kedua pula ialah melalui kaedah pemerhatian. Dengan menggunakan cara ini kajian yang dijalankan akan menjadi lebih kukuh dan berasas. Rumusan : Di akhir kajian ini, penulis dapat mengupas bahawa pelajar-pelajar Senireka dan Senilukis (Grafik) mampu menguasai perisian Photoshop jika mereka berusaha dengan gigih untuk mempelajarinya. Penulis juga telah mengolah serta meneliti apakah penekanan yang dilakukan oleh seseorang pelajar Senilukis dan Senireka (Grafik) dalam penggunaan perisian photoshop seperti asas-asas, tujuan mempelajari Photoshop, apa yang dapat dihasilkan melalui penggunaan perisian Photoshop, cara-cara penggunaan 'tools' dan juga kesan-kesan khas yang biasanya dan sering kali dihasilkan melalui Photoshop. Sekiranya pelajar-pelajar Senireka dan Senilukis (Grafik) dapat menguasai dan mendalami perisian Photoshop, maka secara tidak langsung mereka akan menjadi pereka-pereka grafik dan multimedia yang lebih cekap dalam dunia grafik pada masa akan datang.

Item Type: Thesis (Degree)
Uncontrolled Keywords: Perisian photoshop; Pelajar Senireka dan Senilukis; Kreatif dan berinovatif
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) > Study and teaching. Research
N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Depositing User: Staf Pendigitalan 5
Date Deposited: 09 Sep 2016 09:46
Last Modified: 09 Sep 2016 09:46
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14695

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year