Satu kajian terhadap pandangan kanak-kanak peringkat umur 12 tahun terhadap siri animasi kartun Doraemon di televisyen kajian kes : di tiga buah sekolah rendah di negeri Kelantan / Siti Fairuz Md Hashim

Md Hashim, Siti Fairuz (2002) Satu kajian terhadap pandangan kanak-kanak peringkat umur 12 tahun terhadap siri animasi kartun Doraemon di televisyen kajian kes : di tiga buah sekolah rendah di negeri Kelantan / Siti Fairuz Md Hashim. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

[img]
Preview
Text
TD_SITI FAIRUZ MD HASHIM AD 02_5.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Malaysia kini semakin maju dalam pelbagai teknologi terkini. Pencapaian agak memberangsangkan termasuklah kejayaannya di dalam dunia hiburan kanak-kanak. Kelahiran kartun animasi pelbagai versi adalah satu petanda yang sihat dalam pembangunan perfileman tanah air, khususnya pembangunan teknologi terkini. Seiring dengan perkembangan dunia animasi di sektor perfileman negara ini, penulis telah mengambil peluang untuk mengkaji dengan lebih mendalam mengenai pandangan kanak-kanak terhadap animasi kartun Doraemon. Kelahiran pelbagai versi bahasa dalam siri animasi di televisyen telah mendorong lagi minat penulis untuk mengetahui sejauh mana siri animasi ini akan mempengaruhi dunia kanak-kanak. Penulis telah memilih satu siri animasi yang telah menarik minat golongan kanak-kanak iaitu animasi kartun Doraemon. Tujuan penulisan tesis ini ialah untuk mengetahui sejauh mana pandangan kanak-kanak terhadap siri animasi kartun Doraemon yang ditayangkan di kaca televisyen. Penulisan tesis ini dijalankan ke atas kanak-kanak yang berumur 12 tahun di tiga buah sekolah di negeri Kelantan. Jumlah kanak-kanak yang terlibat adalah seramai 100 orang iaitu seramai 18 orang kanak-kanak lelaki dan 82 orang kanak-kanak perempuan. Pemilihan kanak-kanak yang berumur 12 tahun ini adalah kerana mereka agak matang jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang berumur 7-10 tahun. Pemilihan juga dibuat ke atas satu ke1as yang terpandai di setiap sekolah. Kaedah yang dijalankan oleh penulis dalam penulisan tesis ini ialah membuat kaji selidik di tiga buah sekolah di Negeri Kelantan. Hal ini adalah untuk mengetahui penerimaan kanak-kanak terhadap siri animasi kartun Doraemon. Pemilihan sekolah adalah dilakukan mengikut jenis sekolah dan juga jantina pelajar. Penulis telah memilih sebuah Sekolah Kebangsaan Jenis Cina, sebuah sekolah perempuan dan sebuah sekolah di luar bandar. Penulis juga telah menjalankan kaedah pemerhatian daripada siri animasi kartun Doraemon di kaca televisyen, cakera padat, video dan juga daripada internet. Sebanyak sepuluh buah cakera padat yang berkaitan dengan animasi kartun Doraemon telah dilihat oleh penulis semasa menjalankan kajian ini. Akhir sekali penulis telah membuat analisis pada soal selidik yang telah dibuat. Pada bahagian akhir penulisan tesis ini, penulis telah membuat keputusan mengenai pandangan kanak-kanak terhadap animasi kartun Doraemon. Penulis juga telah membuat pandangan, kesimpulan dan huraian mengenai pandangan kanakkanak terhadap siri animasi kartun Doraemon ini.

Item Type: Thesis (Degree)
Uncontrolled Keywords: Kartun Doraemon. animasi, televisyen, kanak-kanak, Kelantan
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > School life. Student manners and customs. Students > Moral, religious, and physical life of students. Student conduct and behavior
N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration > Caricature. Pictorial humor and satire > Animated films > Malaysia
P Language and Literature > PN Literature (General) > Drama > Broadcasting > Television broadcasts > Other special topics, A-Z > Animated programs > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Depositing User: Admin Pendigitan 2 PTAR
Date Deposited: 27 Jul 2016 06:35
Last Modified: 27 Jul 2016 06:35
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14424

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year