Satu kajian terhadap identiti korporat kedai hadiah "Eat's Gift Shop" / Suryati Mohamed

Mohamed, Suryati (2003) Satu kajian terhadap identiti korporat kedai hadiah "Eat's Gift Shop" / Suryati Mohamed. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

[img]
Preview
Text
TD_SURYATI MOHAMED AD 03_5.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kedai hadiah merupakan sebuah pusat penjualan barangan yang terdiri daripada cenderamata. Pemberian hadiah telah menjadi satu tradisi bagi masyarakat dari dahulu sehingga kini. Jadi tidak hairanlah jika diperhatikan kedai-kedai hadiah ini tumbuh bagaikan cendawan dan ia menjadi pusat penumpuan yang menawarkan pelbagai pilihan cenderamata dan hadiah yang menarik mengikut citarasa masakini. Selain daripada itu, penggunaan senireka pada identiti korporat sesebuah kedai hadiah juga penting untuk mempromosidan mengkomersilkan barangan atau produk yang bermutu. Melalui pemerhatian yang telah dibuat secara rawak, penulis mendapatibahawa penggunaan identiti korporat pada sesebuah kedai hadiah di sekitar Bandar Melaka ini tidak menitikberatkan dan tidak mencerminkan imej sesebuah syarikat. Jadi di sini penulis membuat kajian ini untuk mengkaji penggunaan elemen-elemen grafik yang hendak diaplikasikan ke atas rekaan identiti korporat pada kedai hadiah seperti imej, taipografi, warna dan juga warna. Selain untuk mengkaji mesej atau maksud yang tersirat, kajian ini dibuat sebagai salah satu panduan dan rujukan kepada pengkaji-pengkaji dimasa akan datang supaya lebih peka terhadap kepentingan serta keperluan identiti korporat. Kajian ini juga dibuat untuk memahami dan mengetahui dengan lebih mendalam lagi mengenai pengaruh serta kepentingan sesuatu identiti korporat kepada sesebuah perniagaan serta reaksi masyarakat di sekitamya. Kaedah yang digunakan bagi mendapatkan maklumat di dalam tesis ini adalah melalui kaedah pengumpulan maklumat dari internet, dan juga buku rujukan dari perpustakaan. Temubual yang dibuat secara rawak di beberapa buah kedai hadiah turut dijalankan bagi mendapatkan beberapa reaksi dan maklumat. Melalui kajian dan kaedah yang telah dijalankan, kita dapat mengenalpasti sesuatu kelebihan dan kelemahannya justeru itu meningkatkan lagi mutu serta kualiti elemen grafik. Kesimpulan yang dapat dibuat di sini menyatakan bahawa identiti korporat memainkan peranan yang sangat penting dalam menonjolkan identiti sesebuah syarikat di mana penggunaan elemen grafik yang digunakan perlu bersesuaian dan bermutu agar rekaan yang dihasilkan dapat difahami dan dihayati melalui penggunaan serta mesej yang disampaikan. Oleh yang demikian kajian ini dibuat untuk meneliti dan menyelidiki ciri-ciri identiti korporat ke atas syarikat perniagaan kedai hadiah.

Item Type: Thesis (Degree)
Uncontrolled Keywords: Kedai hadiah, identiti korporat, elemen grafik
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Public relations. Industrial publicity > Corporate image
N Fine Arts > NA Architecture > Details and decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Depositing User: Admin Pendigitan 2 PTAR
Date Deposited: 26 Jul 2016 09:14
Last Modified: 26 Jul 2016 09:14
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14401

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year