Satu kajian tentang seni ukiran tradisional yang terdapat pada masjid Kampung Keling, Melaka / Noranizam Ahmad

Ahmad, Noranizam (2000) Satu kajian tentang seni ukiran tradisional yang terdapat pada masjid Kampung Keling, Melaka / Noranizam Ahmad. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA.

[img]
Preview
Text
TD_NORANIZAM AHMAD AD 00_5.pdf

Download (1MB) | Preview

Abstract

Tesis ini yang bertajuk satu kajian tentang Seni Ukiran Tradisional yang terdapat pada Masjid Kampung Keling, Melaka, adalah bertujuan meninjau sejauh mana perkembangan seni ukiran tradisional yang dapat mempengaruhi seni bina masjid. Masjid Kampung Keling dipilih adalah kerana masjid ini mempunyai ukiran-ukiran tradisional yang belum lagi dikaji serta keunikan yang dapat mempengaruhi mata para pengunjung. Penulis telah membuat kajian seni ukiran tradisional pada masjid ini berlandaskan bahan rujukan. Ukiran tradisional yang mempunyai perbagai motif, gaya, unsur serta elemen seni yang lain dapat memberi satu ilmu yang berguna kepada para pengkaji serta para mahasiswa umumnya. Seni ukiran tradisional adalah begitu penting untuk dibuat bahan kajian kerana ia salah satu seni budaya dalam peradapan masyarakat melayu. Seni ukiran tradisional juga dapat mencerminkan nilai-nilai estiteka dalam sebuah masyarakat. Tanpa sesuatu seni itu, masyarakat tidak akan kelihatan maju, ini kerana seni mempengaruhi di dalam peredaran zaman. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah berlandaskan bahan-bahan rujukan serta bahan yang berkaitan dengannya. Tinjauan juga telah dijalankan pada Masjid Kampung Keling ini, agar penulis dapat melihat dengan lebih teliti seni ukiran tradisional pada masjid ini. Penulis juga telah mengambil gambar yang berkaitan dengan tajuk tesis ini. Penemuan yang telah penulis temui di dalam menyiapkan tesis ini amat banyak sekali, terutama di dalam bidang ukiran. Seharusnya pada masa sekarang seni ukiran tradisional harus dipelihara serta dimajukan kerana ia juga adalah salah satu khazanah seni berzaman yang beradat. Biar mati anak jangan mati adat,biar masa berubah adat tidak boleh ditukar ganti. Sebagaimana pesat kemajuan negara ia seharusnya seiring dengan pengekalan budaya bagi melambangkan identiti bangsa.

Item Type: Thesis (Degree)
Uncontrolled Keywords: Ukiran traditional, masjid, Melaka
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Special classes of buildings > Classed by use > Public buildings > Religious architecture > Malaysia
N Fine Arts > NA Architecture > Mosques > Malaysia > Melaka
N Fine Arts > NE Print media > Wood engraving. Woodcuts. Xylography. Block printing > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Depositing User: Admin Pendigitan 2 PTAR
Date Deposited: 25 Jul 2016 03:31
Last Modified: 25 Jul 2016 04:41
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/14360

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year