Pengurusan kalbu pemangkin pengukuhan modal insan / Aliza Ismail and Zuraidi Zainol Abidin

Ismail, Aliza (2011) Pengurusan kalbu pemangkin pengukuhan modal insan / Aliza Ismail and Zuraidi Zainol Abidin. TINTA (20). pp. 79-86. ISSN 0127-5100

[img]
Preview
Text
AJ_ALIZA ISMAIL TINTA 11.pdf

Download (37MB) | Preview

Abstract

Pengurusan kalbu merupakan satu titik permulaan asas yang semestinya diberikan perhatian yang terperinci dan penuh teliti di mana akibat dari tindakan pengurusan kalbu yang tidak mantap, akan membawa kepada kehidupan insan yang bercelaru dan seterusnya menjana tahap modal insan yang rendah kualitinya. Keterampilan seseorang itu bergantung kepada apa yang dia tahu, kebolehan atau kecekapannya melakukan sesuatu yang berinovatif dan di sadurkan dengan perangai yang positif juga etika dan nilai nilai murni yang ada padanya. Ilmu pengetahuan ialah sesuatu yang menjadi kemestian hidup yang mempunyai kelebihan nilainya yang tersendiri dan memberikan modal kebaikan kepada pemiliknya dunia akhirat. Adalah menjadi keperluan setiap insan untuk terus membina penguasaan peribadi (personal mastery), minda dan pengetahuan kelas pertama untuk dijadikan satu 'show case' bagi melambangkannya sebagai insan yang yakin dengan diri sendiri. Perasaan yakin bermula pada hati kalbu yang boleh menjadikan seseorang sebagai insan contoh yang berkualiti dan berkompetitif.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pengurusan kalbu, Modal insan
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Personality
B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics > Individual ethics. Character. Virtue. Including practical and applied ethics, conduct of life, vices, success, ethics for children
Divisions: Faculty of Information Management
Depositing User: Staf Pendigitan 1
Date Deposited: 16 Jun 2016 02:25
Last Modified: 16 Jun 2016 02:25
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/13996

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year