Penggunaan dekorasi senibina Islam dalam senibina masjid di Malaysia / Hamdan Arifin

Hamdan, Arifin (1992) Penggunaan dekorasi senibina Islam dalam senibina masjid di Malaysia / Hamdan Arifin. Student Project. Faculty of Architecture, Planning and Surveying, Shah Alam. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
PP_HAMDAN ARIFIN AP 92_5 1.pdf

Download (84kB) | Preview

Abstract

Seperti yang telah diketahui umum, batas sejarah senibina Islam itu terlalu luas. la merangkumi senibina pelbagai bangsa dan kebudayaan. Namun demikian dunia Islam telah berjaya menghasilkan satu gaya senibina yang mempunyai identiti dan sesuai digunakan di mana-mana dan dalam apa saja bentuk kebudayaan. Hasilnya senibina Islam masa kini didapati di seluruh dunia di mana ia telah lama berkembang sejajar dengan perkembangan agama Islam itu sendiri. Dekorasi adalah merupakan elemen penting dalam senibina kerana ia berperanan menonjolkan ciri-ciri senibina Islam itu sendiri. Secara khususnya kajian lebih menekankan kepada jenis-jenis dekorasi yang digunakan dalam senibina Islam dan skop kajian ditumpukan kepada penggunaan pola bentuk geometri dan hiasan Arabesque. Dekorasi ini didapati semakin mengambil alih dekorasi tempatan, contohnya seniukir terutamnya pada senibina masjid di negara ini.

Item Type: Monograph (Student Project)
Uncontrolled Keywords: Masjid, senibina, dekorasi, senibina Islam
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Mosques > Malaysia
N Fine Arts > NA Architecture > Historic buildings > Malaysia
Divisions: Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Depositing User: Staf Pendigitan 1
Date Deposited: 08 Feb 2011 04:11
Last Modified: 30 May 2016 02:42
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/1289

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year