Bangkitlah wahai remaja Melayu / Leylawati Joremi

Joremi, Leylawati (2013) Bangkitlah wahai remaja Melayu / Leylawati Joremi. Jurnal Pemikiran dan Kepimpinan Melayu. pp. 87-92. ISSN 2289-5744

[img]
Preview
Text
AJ_LEYLAWATI JOREMI IMP 13.pdf

Download (804kB) | Preview

Abstract

Remaja dan belia merupakan aset penting negara. Mereka adalah generasi pemimpin di masa hadapan yang diharap dapat meneruskan kesinambungan kegemilangan negara. Namun remaja Melayu ramai yang leka dan lalai hingga terjerumus ke kancah kurang sihat. Setelah lebih separuh abad meniti usia kemerdekaan, ternyata masyarakat Melayu masih gagal menguasai ekonomi tanah air sendiri. Oleh itu kesedaran di kalangan individu penting tidak mengira peringkat usia dalam lapisan masyarakat kerana keghairahan menyalahkan pihak lain hanyalah sekadar alasan untuk melepaskan diri dari dibelenggu rasa bersalah. Tanggungjawab membina jati diri individu dan remaja khususnya memang bermula dari didikan ibu bapa yang meliputi aspek agama dan kehidupan, kemudian pendidik pula menggalas tugas mengajar erti teori dan hakikat. Akhirnya pemimpin negara yang bertanggungjawab menggaris polisi dan dasar yang boleh meningkatkan prestasi diri dan produktiviti. Namun segala usaha ini akan sia-sia jika remaja itu sendiri tiada kesedaran untuk memperbaiki diri sendiri.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Remaja Melayu
Subjects: D History General and Old World > DS History of Asia > Southeast Asia > Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > Malays (Asian people)
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > Youth > Malaysia
Divisions: Institut Pemikiran & Kepimpinan Melayu (IMPAK)
Depositing User: Admin Pendigitan PTAR
Date Deposited: 16 Jul 2015 03:18
Last Modified: 27 Jul 2016 08:25
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/12587

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year