Istiadat Konvokesyen Ke-70 : 26 Mei - 3 Jun 2009 : Dewan Sri Budiman, UiTM

Jabatan Komunikasi Korporat, UiTM (2009) Istiadat Konvokesyen Ke-70 : 26 Mei - 3 Jun 2009 : Dewan Sri Budiman, UiTM. Jabatan Komunikasi Korporat, Shah Alam.

[img]
Preview
Text
BK_KONVOKESYEN UiTM KE-70 2009.pdf

Download (45MB) | Preview

Abstract

Alhamdulillah kita bersyukur kepada Allah S.W.T. atas nikmat dan rahmat yang dikurniakan sehingga kita dapat sekali lagi hadir dalam Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-70 ini. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada para graduan seramai 13,853 orang yang pada kali ini masing-masing menerima diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran. Mengenang kembali saat graduan mula-mula menjejakkan kaki ke UiTM mendaftarkan diri untuk mengikuti pengajian masing-masing, semestinya bermacam-macam perkara difikirkan mengenai kehidupan baru alam universiti. Kini, setelah melaluinya, mungkin graduan terfikirkan bagaimana pula untuk meneruskan kehidupan berkerjaya di luar sana. Namun, saya percaya, berkat ilmu dan kemahiran insan serta ehsan yang diteroka di universiti ini, para graduan akan mampu memikul tanggungjawab yang diberikan di alam pekerjaan kelak. Tentu sekali saya menaruh harapan yang cukup tinggi agar para graduan dapat meneruskan tradisi kecemerlangan universiti ini untuk terus berdaya saing sehingga berjaya ke peringkat global, menjadi peneraju industri dan berpersonaliti terbilang. Sesungguhnya pencapaian bersama dalam menjadikan UiTM unggul sehingga meraih pelbagai anugerah sememangnya amat membanggakan. Permintaan graduan UiTM di pasaran pekerjaan dalam dan luar negara menunjukkan satu pengiktirafan sejagat yang besarertinya kepada universiti ini. Zahirkanlah pengiktirafan ini dengan memberi khidmat cemerlang demi mendukung cita-cita dan citra murni UiTM menjadi sebuah universiti penyelidikan bertaraf dunia.

Item Type: Book
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia
Divisions: Corporate Communications Department, UiTM
Depositing User: Staf Pendigitan 2
Date Deposited: 25 May 2015 07:39
Last Modified: 18 Apr 2017 07:28
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11866

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year