Estetik skrin dalam sinografi : satu catatan terhadap pementasan teater muzikal Jati / Hamzah Mohamed Tahir

Mohamed Tahir, Hamzah (2007) Estetik skrin dalam sinografi : satu catatan terhadap pementasan teater muzikal Jati / Hamzah Mohamed Tahir. Jurnal Skrin Malaysia, 4. pp. 57-67. ISSN 1823-1020

[img]
Preview
Text
AJ_HAMZAH MOHAMED TAHIR JSM 07 1.pdf

Download (512kB) | Preview

Abstract

Catatan ini menyentuh tentang produksi teater yang menggunakan elemen skrin sebagai menyokong sinografinya. Estetik skrin yang digunakan bukan sahaja dalam bentuk fizikal sebagai set tetapi juga imejan videografi yang dirakam dan dipancarkan ke ruang pentas sebagai alat bantuan menyampaikan mesej. Catatan ini akan memberikan tumpuan kepada sebuah persembahan teater muzikal yang bertajuk Jati karya bersama Hamzah Tahir, Hafiz Askiak dan NurAfifah Vanitha Abdullah yang telah dipentaskan di Dewan Tun Ahmad Zaidi Adruce, Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching Sarawak pada Julai 2000 sempena sambutan Millenium peringkat negeri Sarawak. Antara aspek yang terpenting dalam Jati adalah elemen multimedia yang digunakan oleh pengarah multimedia teater ini iaitu Hasnol Jamal Saidon. Penggunaan monitor TV yang berselirat di pentas sebagai set dan imejan simbolik yang terpancar melalui projeksi telah memberikan impak dalam melahirkan seni visual yang mantap untuk menyokong perjalanan cerita yang disampaikan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Teater muzikal, estetik skrin
Subjects: M Music and Books on Music > ML Literature of music > Musical theater > Malaysia
?? PN2039 ??
Divisions: Faculty of Artistic and Creative Technology
Depositing User: Staf Pendigitan 1
Date Deposited: 08 Apr 2015 04:18
Last Modified: 07 Jun 2016 07:51
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/11610

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year