Kesihatan dan kecergasan : satu kajian terhadap keprihatinan mengenainya di kalangan kakitangan UiTM Pulau Pinang / Wan Zarina Wan Kamaruddin, Sofwan Hj Hasbullah and Maisurah Shamsuddin

Wan Kamaruddin, Wan Zarina and Hj Hasbullah, Sofwan and Shamsuddin, Maisurah (2009) Kesihatan dan kecergasan : satu kajian terhadap keprihatinan mengenainya di kalangan kakitangan UiTM Pulau Pinang / Wan Zarina Wan Kamaruddin, Sofwan Hj Hasbullah and Maisurah Shamsuddin. [Research Reports] (Unpublished)

Download

[thumbnail of LP_WAN ZARINA WAN KAMARUDDIN 09_5 1.pdf] Text
LP_WAN ZARINA WAN KAMARUDDIN 09_5 1.pdf

Download (72kB)

Abstract

Kesihatan dan kecergasan diri merupakan dua faktor penting yang mesti ada pada setiap warga kerja di sesebuah organisasi bagi menjamin kualiti produktiviti. Justeru kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap keprihatinan kakitangan di Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang (UiTMPP) mengenai kesihatan dan kecergasan diri. Keprihatinan kakitangan di UiTMPP terhadap kesihatan dan
kecergasan diri dinilai dari segi amalan aktiviti senaman dan kecergasan fizikal sebagai rutin, pemakanan sihat serta amalan merokok. Maklumbalas daripada 363 orang responden dari pelbagai peringkat umur dan bidang tugas mendapati bahawa 115 orang (31.7%) responden dapat dikategorikan sebagai staf yang amat prihatin dengan kesihatan diri, 150 orang (41.3%) prihatin manakala 80 orang (22%) tidak
prihatin terhadap kesihatan dan kecergasan diri kerana mengabaikan aktiviti kecergasan serta tidak mengamalkan corak pemakanan sihat. Sementara itu kesedaran mengenai bahaya merokok masih belum dihayati sepenuhnya di mana 51
orang daripada 88 orang responden yang pernah merokok masih terus dengan amalan merokok. Mengenai jisim indeks badan (BMI) yang sering dijadikan petunjuk awal bagi kesihatan individu, kajian mendapati 45.2 % responden tidak memahami
kegunaan nilai BMI. Berdasarkan dapatan kajian, 56.5 % kakitangan UiTMPP mempunyai berat badan yang ideal manakala selebihnya, 32.1 % mempunyai berat badan yang berlebih dan ada yang mencapai obesiti.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email
Wan Kamaruddin, Wan Zarina
UNSPECIFIED
Hj Hasbullah, Sofwan
UNSPECIFIED
Shamsuddin, Maisurah
UNSPECIFIED
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine > Public health. Hygiene. Preventive Medicine > Personal health and hygiene. Including clothing, bathing, exercise, travel, nutrition, sleep, sex hygiene
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang
Item ID: 8156
Uncontrolled Keywords: Kesihatan, Kecergasan diri, UiTM Pulau Pinang
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/8156

Fulltext

Fulltext is available at:
  • UNSPECIFIED
  • ID Number

    8156

    Indexing


    View in Google Scholar

    Edit Item
    Edit Item