Kefahaman dan amalan dalam beragama: kajian terhadap pelajar baru UiTM Pahang dan pelajar baru Universiti Malaysia Pahang / Asjad Mohamed , Muhammad Muzakkir Othman @ Seman and Mohd Hafiz Abdul Wahab

Mohamed, Asjad and Othman @ Seman, Muhammad Muzakkir and Abdul Wahab, Mohd Hafiz (2010) Kefahaman dan amalan dalam beragama: kajian terhadap pelajar baru UiTM Pahang dan pelajar baru Universiti Malaysia Pahang / Asjad Mohamed , Muhammad Muzakkir Othman @ Seman and Mohd Hafiz Abdul Wahab. [Research Reports] (Unpublished)

Download

[thumbnail of LP_ASJAD MOHAMED RMI 10_5 1.pdf] Text
LP_ASJAD MOHAMED RMI 10_5 1.pdf

Download (126kB)

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang kefahaman dan amalan beragama di kalangan pelajar baru Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang dan Universiti Malaysia Pahang (UMP). la merangkumi persoalan berkaitan komponen utama dalam syariat
seperti akidah, ibadah dan akhlak. Di awal kajian, huraian secara teori dikemukakan mengenai ketiga-tiga komponen tersebut. Kajian disusuli dengan soal selidik mengenai beberapa aspek utama bagi komponen akidah seperti pengertian akidah,kepentingannya, rukun-rukun iman, perkara-perkara yang merosakkan akidah dan kaedah pengukuhannya. Manakala bagi komponen ibadah ialah pengertian ibadah,
pembahagiannya, skop, matlamat dan prinsip ibadah. Bagi komponen akhlak pula,soal selidik memfokuskan tentang pengertian akhlak, kepentingan dan pembahagiannya. Justeru, secara amnya metodologi kajian ini lebih menjurus kepada
dua bentuk kajian iaitu kajian kepustakaan dan lapangan. la dijalankan melalui kaedah pengumpulan data dan maklumat dengan menggunakan borang soal selidik yang melibatkan 300 orang responden dari kalangan pelajar baru di kedua-dua buah
universiti. Kajian ini secara keseluruhannya menjelaskan bahawa kefahaman dan amalan beragama di kalangan pelajar baru UiTM Pahang dan UMP yang sekaligus mewakili golongan remaja tidaklah terlalu bermasalah. Masih ramai di kalangan
mereka yang mempunyai kefahaman dan amalan ilmu asas agama yang mantap. Namun, masih terdapat segelintir pelajar yang lemah dari sudut pengetahuan dan amalan agamanya. Fenomena ini dianggap membimbangkan kerana beberapa faktor
antaranya ialah kerana melibatkan persoalan dasar dalam agama seperti masalah akidah yang tidak sepatutnya berlaku dalam diri seorang muslim. Selain itu, perkara
negatif yang bercanggah dengan asas ajaran syariat telah menjadi kebiasaan dalam hidup mereka. Sikap sukar menerima tunjuk ajar dan kurang berminat dengan budaya ilmu pengetahuan semakin menular. Ruang kepada gejala penyakit sosial yang semakin terbuka luas turut merunsingkan kita. Objektif utama kajian ini ialah untuk mengetahui tahap kefahaman dan amalan beragama di kalangan pelajar baru
UiTM Pahang dan UMP. Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat memberi sumbangan berbentuk cadangan dan idea kepada pihak berkenaan agar dapat melakukan suatu tindakan yang agresif dan efektif bagi meningkatkan tahap kefahaman dan amalan beragama di kalangan generasi muda serta menyelesaikan masalah berkaitan dengan metode yang berhikmah dan bersesuaian.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email
Mohamed, Asjad
UNSPECIFIED
Othman @ Seman, Muhammad Muzakkir
UNSPECIFIED
Abdul Wahab, Mohd Hafiz
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion. Mythology. Rationalism > Philosophy of religion. Psychology of religion. Religion in relation to other subjects
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang
Item ID: 6191
Uncontrolled Keywords: Kefahaman agama, amalan agama, UiTM Pahang, ibadah
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/6191

Fulltext

Fulltext is available at:
  • UNSPECIFIED
  • ID Number

    6191

    Indexing


    View in Google Scholar

    Edit Item
    Edit Item