Insurans kesihatan sosial di Malaysia: ekuiti dan akses / Mazlan Che Soh and Makmor Tumin

Che Soh, Mazlan and Tumin, Makmor (2019) Insurans kesihatan sosial di Malaysia: ekuiti dan akses / Mazlan Che Soh and Makmor Tumin. Journal of Administrative Science, 16 (1). pp. 93-117. ISSN (eISSN) : 2600-9374

Download

[thumbnail of 48646.pdf] Text
48646.pdf

Download (331kB)
Official URL: http://jas.uitm.edu.my/

Abstract

Pembiayaan kesihatan merupakan salah satu daripada aspek yang diberikan perhatian oleh World Health Organisation (WHO). Peningkatan perbelanjaan kesihatan yang semakin meningkat disebabkan oleh beberapa faktor seperti pertambahan populasi penduduk, trend peningkatan penyakit tidak berjangkit (non-communicabale disease), kemajuan teknologi perubatan, jangkaan penduduk yang semakin tinggi dan sebagainya telah menjadi pendorong terhadap pembaharuan dalam pembiayaan kesihatan. WHO telah mencadangkan beberapa mekanisme bagi tujuan ini dan memperkenalkan skim insurans kesihatan sosial (IKS) adalah merupakan salah satu darinya. Matlamat utama insurans kesihatan sosial adalah untuk memastikan prinsip asas perkhidmatan kesihatan yang diperjuangkan oleh WHO iaitu aksesibiliti dan ekuiti tercapai. Skim yang telah diperkenalkan di hampir enam puluh buah negara ini juga merupakan pendekatan yang dipilih oleh Malaysia menerusi cadangan pembaharuan kesihatan dikenali sebagai 1Care for 1Malaysia yang telah dilancarkan pelaksanaannya menerusi Rancangan Malaysia ke-10 (RM Ke-10) (2011-2015). Kertas ini akan mengupas pembangunan insurans kesihatan sosial sebagai mekanisme pembiayaan kesihatan di seluruh dunia, bagiamanakah perancangannya di Malaysia serta kesesuaian pelaksanaannya di negara ini terutama dari sudut akses dan ekuiti.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email
Che Soh, Mazlan
UNSPECIFIED
Tumin, Makmor
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HG Finance > Insurance
H Social Sciences > HG Finance > Insurance > Insurance business. Insurance management
H Social Sciences > HG Finance > Insurance > Health insurance
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Administrative Science and Policy Studies
Journal or Publication Title: Journal of Administrative Science
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Journal of Administrative Science (JAS)
ISSN: (eISSN) : 2600-9374
Volume: 16
Number: 1
Page Range: pp. 93-117
Official URL: http://jas.uitm.edu.my/
Item ID: 48646
Uncontrolled Keywords: akses, ekuiti, insurans kesihatan sosial, Malaysia
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/48646

ID Number

48646

Indexing


View in Google Scholar

Edit Item
Edit Item