Tahap kesedaran remaja bermasalah akan keprihatinan ibubapa / penjaga terhadap salah laku anak remaja mereka / Hasnizawati Hashim … [et al.]

Hashim, Hasnizawati and A. Halid @ Khalid, Rozieana and Abu, Zurah and Abd. Aziz, Mohd. Norafizal (2011) Tahap kesedaran remaja bermasalah akan keprihatinan ibubapa / penjaga terhadap salah laku anak remaja mereka / Hasnizawati Hashim … [et al.]. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Permasalahan sosial remaja hari ini menjadi antara agenda perbincangan utama di Malaysia dan perbincangan ini didedahkan di media massa menjadikan isu ini semakin mendapat perhatian terutamanya isu-isu yang melibatkan golongan remaja. Pelbagai pihak sama ada kerajaan dan badan bukan kerajaan cuba mengatasi permasalahan ini dengan cara yang lebih dominan di kalangan remaja itu sendiri yang dikatakan menjadi penyebab dan punca utama kepada permasalahan sosial ini. Walau bagaimanapun, kajian ini akan memberi tumpuan kepada aspek selain remaja iaitu ibubapa - mengenai peranan mereka dalam mengatasi permasalahan sosial remaja ini. Kajian melibatkan responden terpilih iaitu pelatih-pelatih dari Sekolah Tunas Bakti di Pantai Timur di dua buah pusat latihan di Jerantut, Pahang dan Marang, Terengganu. Bentuk kajian dilaksanakan adalah secara deskriptif.melalui soalselidik dan temubual yang dijalankan bersama pelatih - pelatih ini. Hasil soal-selidik dianalisa secara teliti bagi mendapatkan dapatan terperinci terhadap soal-selidik yang dijalankan. Berdasarkan daripada soal-selidik dan analisa yang diperolehi, hasil kajian akan membawa kepada penemuan terhadap isu yang diutarakan terhadap permasalahan sosial remaja masa kini terutamanya dalam konteks peranan ibubapa itu sendiri. Beberapa cadangan penambahbaikan terhadap isu yang dibincangkan dan diperolehi daripada hasil kajian turut dinyatakan bagi pertimbangan dan tindakan selanjutnya oleh pihak yang bertanggungjawab.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hashim, Hasnizawati
UNSPECIFIED
A. Halid @ Khalid, Rozieana
UNSPECIFIED
Abu, Zurah
UNSPECIFIED
Abd. Aziz, Mohd. Norafizal
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology > Social psychology > Interpersonal relations. Social behavior
H Social Sciences > HM Sociology > Social psychology > Social influence. Social pressure
H Social Sciences > HM Sociology > Social institutions
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC)
Keywords: Kesedaran remaja, Keprihatinan ibubapa, Salah laku anak remaja
Date: 2011
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/48312
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 48312.pdf] Text
48312.pdf

Download (119kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

48312

Indexing

Statistic

Statistic details