Corak perbelanjaan wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN): kajian kes di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Zon Utara (Kampus Bukit Mertajam, Kampus Sungai Petani dan Kampus Arau) / Normala Ismail ... [et al.]

Ismail, Normala and Zainal, Noor Saliza and Aman Shah, Sofiah Molek Lope and Wan Omar, Maznah (2003) Corak perbelanjaan wang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN): kajian kes di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Zon Utara (Kampus Bukit Mertajam, Kampus Sungai Petani dan Kampus Arau) / Normala Ismail ... [et al.]. [Research Reports] (Unpublished)

Download

[thumbnail of LP_NORMALA ISMAIL K 03_5 1.pdf] Text
LP_NORMALA ISMAIL K 03_5 1.pdf

Download (72kB)

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenai pasti secara empirik corak perbelanjaan wang
PTPTN di kalangan para pelajar di UiTM Zon Utara Kampus Bukit Mertajam, Kampus
Sungai Petani dan Kampus Arau. Penyelidikan ini merupakan suatu kajian lapangan
berdasarkan kepada kajian keratan rentas. Kajian ini menggunakan analisis regresi
ekonometrik, teknik deskriptif, ujian - t dan analisis varians berasaskan kaedah Statistical
Package For Social Sciences (SPSS). Penyelidikan mengkategorikan perbelanjaan wang
PTPTN pelajar kepada dua -kumpulan iaitu pelajar merancang dan pelajar tidak
merancang. Wang PTPTN dibelanjakan oleh pelajar untuk akademik wajib, akademik
tidak wajib dan perbelanjaan persendirian. Hasil analisis berganda mendapati bahawa
perbelanjaan persendirian merupakan faktor paling dominan mempengaruhi jumlah
keseluruhan perbelanjaan wang PTPTN pelajar merancang dan tidak merancang. Hasil
analisis varians pula menunjukkan jumlah keseluruhan perbelanjaan wang PTPTN bagi
pelajar merancang dan tidak merancang berbeza atas tiga faktor yang sama iaitu kampus
cawangan UiTM, bahagian pengajian kini dan program pengajian. Adalah diharapkan
hasil penyelidikan ini dapat membantu pihak pengurusan UiTM Zon Utara merangka
pelan tindakan yang bersesuaian serta membina kesedaran di kalangan para pelajar
terhadap penggunaan wang PTPTN.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email
Ismail, Normala
UNSPECIFIED
Zainal, Noor Saliza
UNSPECIFIED
Aman Shah, Sofiah Molek Lope
UNSPECIFIED
Wan Omar, Maznah
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HG Finance
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah
Item ID: 4798
Uncontrolled Keywords: PTPTN, perbelanjaan wang, UiTM Zon Utara Kampus Bukit Mertajam, Kampus Sungai Petani, Kampus Arau
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/4798

Fulltext

Fulltext is available at:
  • UNSPECIFIED
  • ID Number

    4798

    Indexing


    View in Google Scholar

    Edit Item
    Edit Item