Penghasilan produk kraf berteraskan plastik kitar semula HDPE / Hanif Hj. Khairi , Prof. Madya Dr. Marzuki Hj. Ibrahim

Khairi, Hanif and Ibrahim, Marzuki (2006) Penghasilan produk kraf berteraskan plastik kitar semula HDPE / Hanif Hj. Khairi , Prof. Madya Dr. Marzuki Hj. Ibrahim. [Research Reports] (Submitted)

Download

[thumbnail of LP_HANIF HJ KHAIRI 06_5 1.pdf] Text
LP_HANIF HJ KHAIRI 06_5 1.pdf

Download (338kB)

Abstract

Matlamat utama penyelidikan ini ialah untuk membuktikan bahawa plastik terbuang jenis High
Density Polyethylene (HDPE) boleh diproses menjadi produk kraf yang berjaya. Bagi
mencapai matlamat ini kaedah Penyelidikan Berteraskan Praktik telah diaplikasi melalui dua
fasa utama. Fasa pertama merangkumi kajian secara deskriptif mengenai teori dan konsep
rekaan yang berkait rapat dengan arteologi iaitu teori seni reka dan prinsip seni reka. Pada
fasa kedua pula, penghasilan artistik dilakukan melibatkan dua tahap utama: 1) proses
perkembangan idea melibatkan penghasilan lakaran kecil, lukisan realistik dan lukisan
teknikal, 2) proses penghasilan produk kraf yang melibatkan 4 jenis produk iaitu bingkai
gambar, jam meja, pemberat kertas dan rantai kunci menggunakan konsep reka bentuk
persekitaran. Kesemua hasil produk kraf telah melalui proses evaluasi bagi memastikan
kemampuan penggunaan, prestasi mekanikal dan teknikal, dan aspek estetik. Melalui proses
evaluasi ini, didapati kesemua produk kraf yang dihasilkan melepasi tahap yang telah
ditetapkan. Dengan penghasilan penyelidikan ini diharap ia telah memberi sedikit sumbangan
ilmu pengetahuan kepada pereka, pengusaha, pelajar dan masyarakat tentang kepentingan
kitar semula serta isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar. Selain itu, ia juga dapat
membantu industri kraf negara dengan menjana kreativiti dan inovasi melalui penghasilan
produk kraf melalui proses dan pendekatan baru sejajar dengan perkembangan semasa
negara.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email
Khairi, Hanif
UNSPECIFIED
Ibrahim, Marzuki
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor
T Technology > TP Chemical technology > Polyethylene
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan
Item ID: 4413
Uncontrolled Keywords: High Density Polyethylene, Kraf, Arteologi, Kitar semula
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/4413

Fulltext

Fulltext is available at:
  • UNSPECIFIED
  • ID Number

    4413

    Indexing


    View in Google Scholar

    Edit Item
    Edit Item