Permasalahan qada’ solat yang ditinggalkan secara sengaja: satu sorotan kajian / Hasna Bidin, Mohd Nor Firdaus Omar dan Mohd Nazari Khalid @ Abu Samah

Bidin, Hasna and Omar, Mohd Nor Firdaus and Khalid @ Abu Samah, Mohd Nazari (2020) Permasalahan qada’ solat yang ditinggalkan secara sengaja: satu sorotan kajian / Hasna Bidin, Mohd Nor Firdaus Omar dan Mohd Nazari Khalid @ Abu Samah. e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU), 2. pp. 54-70. ISSN 2006-9617

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang permasalahan Qada’ solat yang ditinggalkan dengan sengaja sama ada ia wajib diqada’kan semula atau sebaliknya. Hal ini timbul kerana masih terdapat di kalangan masyarakat Islam yang keliru terhadap kewajipan mengqada’kan solat. Mereka beranggapan bahawa Qada’ hanya wajib dilakukan pada solat yang ditinggalkan dengan tidak sengaja disebabkan uzur Syar’ie seperti terlupa dan tertidur sahaja. Manakala solat yang ditinggalkan dengan sengaja seperti kesibukan dan malas tidak wajib diqada’kan tetapi hanya perlu bertaubat dan beristighfar kepada Allah SWT bagi memohon keampunan disamping memperbanyakkan amalan-amalan sunat. Kajian ini bertujuan memberi tumpuan kepada kefahaman sebenar mengenai Qada’, perbezaan Qada’ solat dengan Adha’ serta hukum mengqada’kan solat Fardhu yang ditinggalkan dengan sengaja dan tidak sengaja disebabkan uzur Syar’ie. Seterusnya penyelidik akan memuatkan perbincangan ulama’ berkaitan hukum mengqada’kan solat Fardhu yang ditinggalkan dengan sengaja. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kepustakaan dengan berpandukan kepada bahan rujukan seperti buku-buku dan jurnal-jurnal penerbitan berkaitan tajuk ini. Analisis adalah menggunakan metodologi deduktif iaitu membuat kesimpulan khusus daripada maklumat yang umum. Hasil yang diperolehi daripada kajian ini menunjukkan bahawa wajib mengqada’kan solat Fardhu yang ditinggalkan dengan sengaja menurut pendapat terkuat dalam kalangan jumhur ulama’. Secara kesimpulannya, hukum Qada’ solat adalah wajib secara mutlak sama ada solat yang ditinggalkan itu adalah dengan sengaja atau pun tidak sengaja. Hal ini disebabkan solat merupakan hak Allah SWT yang mesti ditunaikan dan merupakan hutang yang wajib dibayar ke atas orang yang mengabaikannya.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Bidin, Hasna
UNSPECIFIED
Omar, Mohd Nor Firdaus
UNSPECIFIED
Khalid @ Abu Samah, Mohd Nazari
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus
Journal or Publication Title: e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU)
ISSN: 2006-9617
Volume: 2
Page Range: pp. 54-70
Keywords: Qada’ solat; Qada’ dan adha’; Uzur syari’e; Jumhur ulama’
Date: 2020
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43461
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 43461.pdf] Text
43461.pdf

Download (471kB)

ID Number

43461

Indexing

Statistic

Statistic details