Pola dan penyerakan migrasi di Negeri Perak dari 1980- 2000 dan penelitian awal implikasinya / Mohd Fadzil Abdul Rashid , Mohd Roswodi Mat Zin and Norhazlan Haron

Abdul Rashid, Mohd Fadzil and Mat Zin, Mohd Roswodi and Haron, Norhazlan (2012) Pola dan penyerakan migrasi di Negeri Perak dari 1980- 2000 dan penelitian awal implikasinya / Mohd Fadzil Abdul Rashid , Mohd Roswodi Mat Zin and Norhazlan Haron. In: 1st International Conference on Innovation and Technology for Sustainable Built Environment 2012 (ICITSBE 2012), 16-17 April 2012, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak.

Download

[thumbnail of 43460.pdf] Text
43460.pdf

Download (619kB)

Abstract

Migrasi dalaman merupakan satu fenomena spatial yang tidak boleh disekat seperti urbanisasi. Ini berikutan
migrasi didorong oleh berbagai faktor sama ada dari aspek sosial, ekonomi dan fizikal bagi memenuhi keperluan hidup manusia. Tingkah laku migrasi ini amat signifikan untuk difahami. Ini kerana migrasi merupakan antara elemen penting yang menyumbangkan kepada perubahan struktur demografi, ruang dan ekonomi sesuatu kawasan sama ada di kawasan menghantar migrasi (origin) dan destinasi. Masalah yang sering dikaitkan dengan migrasi antaranya ialah kemiskinan bandar, kesesakan, masalah sosial, penurunan pertumbuhan penduduk di luar bandar, dan tanah pertanian terbiar kerana kurangnya tenaga kerja di luar bandar dan sebagainya. Kertas kerja ini mencuba menilai dan memahami pola dan penyerakan migrasi di
8egeri Perak dan menjelaskan implikasi migrasi khususnya terhadap struktur demografi penduduk. Penilaian
pola dan penyerakan migrasi adalah berasaskan kepada Model Komponen Berganda (MKB) mengguna pakai
data migrasi daripada bancian penduduk dan perumahan 1980, 1991, dan 2000. Implikasi migrasi pula adalah
berasaskan kepada tinjauan awal terhadap dua pekan kecil di 8egeri Perak: Lambor Kanan dan Batu Gajah. Hasil analisis merumuskan bahawa pola dan penyerakan migrasi semasa (2000) di 8egeri Perak lebih mudah difahami berbanding tahun 1980 dan 1991, dan migrasi kembali (return migration) dari bandar ke luar bandar di Negeri Perak sudah mula berlaku. Migrasi juga didapati mempengaruhi perubahan struktur demografi di kedua kawasan yang ditinjau seperti pengurangan jumlah isi rumah dan golongan umur bekerja (sumber manusia). Akhirnya, kertas kerja ini mencadangkan supaya suatu kajian lain lebih terperinci perlu dibuat bagi menilai implikasi migrasi terhadap perubahan struktur demografi dan ekonomi penduduk di kawasan luar bandar.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email
Abdul Rashid, Mohd Fadzil
mohdf032@perak.uitm.edu.my
Mat Zin, Mohd Roswodi
mohdr710@perak.uitm.edu.my
Haron, Norhazlan
hazlan100@perak.uitm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Demography. Population. Vital events > Population geography. Migration
H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Demography. Population. Vital events > Population geography. Migration > Migration, Internal
H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Demography. Population. Vital events > Population geography. Migration > Migration, Internal > Malaysia
H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Demography. Population. Vital events
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus
Event Title: 1st International Conference on Innovation and Technology for Sustainable Built Environment 2012 (ICITSBE 2012)
Event Dates: 16-17 April 2012
Page Range: pp. 834-844
Item ID: 43460
Uncontrolled Keywords: Migrasi dalaman, Fenomena spatial, Model Komponen Berganda (MKB), Implikasi migrasi
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/43460

ID Number

43460

Indexing


View in Google Scholar

Edit Item
Edit Item