Seni drama Islamik: ciri kepengarahan Mior Hashim Manap.

Saidpudin, Wawarah (2020) Seni drama Islamik: ciri kepengarahan Mior Hashim Manap. e-Journal of Islamic Thought and Understanding (e-JITU), 3 (1). pp. 42-56. ISSN 2006-9617
Abstract

Drama televisyen adalah antara medium yang boleh digunakan oleh pengarah untuk menyampaikan dakwah kepada penonton kerana sifatnya yang mampu mencapai skala penonton yang luas dan boleh membentuk pemikiran penonton agar kembali kepada kehidupan yang berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Namun, untuk mencapai matlamat dakwah tersebut, kaedah penyampaiannya perlu diselarikan dengan syariah yang ditetapkan Allah. Sekiranya kandungan dan persembahan drama tersebut bertentangan dengan syariah Islam, ia boleh mengakibatkan kekeliruan kepada penonton baik umat Islam atau bukan Islam. Maka, kajian ini bertujuan untuk merungkai ciri pengarahan drama Islamik oleh pengarah prolifik, Mior Hashim Manap yang pernah mengarah drama Islamik yang disiarkan di TV Al-Hijrah. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan tiga buah drama Islamik yang bertajuk Cinta Kun Fayakun, Warkah Cinta dan Cinta dan Wahyu dan temubual mendalam bersama pengarah serta krew yang pernah bekerja bersama beliau. Hasil kajian mendapati pengarah adalah individu yang paling penting untuk membentuk dan menentukan hala tuju drama Islamik arahannya. Secara keseluruhannya, penting untuk seseorang pengarah drama Islamik memerlukan pola fikir yang Islamik dan perlu meletakkan niat utama pengarahannya adalah kerana Allah SWT yang berlandaskan syariat Islam.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 43416.pdf]
Text
43416.pdf
Download (439kB)
Indexing & Metrics