Bunyi bising trafik : persepsi dan gangguan pembelajaran di kalangan pelajar sekolah / Siti Jamiah Tun Jamil, Mohd Najib Abd Rashid and Suryani Ahmad

Tun Jamil, Siti Jamiah and Abd Rashid, Mohd Najib and Ahmad, Suryani (2012) Bunyi bising trafik : persepsi dan gangguan pembelajaran di kalangan pelajar sekolah / Siti Jamiah Tun Jamil, Mohd Najib Abd Rashid and Suryani Ahmad. In: 1st International Conference on Innovation and Technology for Sustainable Built Environment 2012 (ICITSBE 2012), 16-17 April 2012, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak.
Abstract

Kualiti pembelajaran seseorang pelajar adalah bergantung kepada suasana persekitaran persekolahan. Persekitaran sekolah yang berhampiran dengan jalan raya mampu memberi persepsi mahupun gangguan ke atas pembelajaran pelajar. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap bunyi bising trafik berhampiran kawasan sekolah dan kesan gangguan bunyi bising trafik kepada sekumpulan
pelajar Sek. Men. Keb. Anderson, Sek. Men. (A) Izzuddin Shah dan Sek. Men. Teknik Leboh Cator semasa sesi
pembelajaran berlaku. Penyediaan borang kajiselidik merupakan instrumen yang digunapakai dalam kajian ini.
Hasil kajian menunjukkan bahawa persepsi pelajar ke atas bunyi bising trafik adalah di paras ‘bising’. Malah,
pelajar menyatakan bunyi bising trafik mampu memberi kesan gangguan pembelajaran berlangsung. Secara
kesimpulannya, pembelajaran di sekolah perlulah bebas dari sebarang bunyi bising trafik. Proses pembelajaran
perlu dilaksanakan dalam keadaan persekitaran yang aman dan tenteram bagi menghasilkan pelajar yang cemerlang dan berilmiah.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 43348.pdf]
Text
43348.pdf
Download (287kB)
Indexing & Metrics