Elemen al-hirz dan kedudukannya dalam jenayah siber masa kini / Khairul Azhar Meerangani … [et al.]

Meerangani, Khairul Azhar and Ahmad Termimi, Muhammad Asyraf and Ibrahim, Ahmad Faqih and Mat Johar, Muhammad Hilmi (2019) Elemen al-hirz dan kedudukannya dalam jenayah siber masa kini / Khairul Azhar Meerangani … [et al.]. Journal of Contempory Islamic Studies, 5 (1). pp. 55-79. ISSN ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902

Download

[thumbnail of 42595.pdf] Text
42595.pdf

Download (505kB)
Official URL: https://jcis.uitm.edu.my

Abstract

Kecanggihan teknologi masa kini menyaksikan peningkatan permintaan perkhidmatan atas talian membabitkan pelbagai urusan. Meskipun hal ini membawa impak yang positif, namun kecanggihan ini sebenarnya berpotensi disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan jenayah. Jenayah siber merupakan bentuk jenayah moden yang semakin meningkat seiring dengan kecanggihan teknologi komunikasi dan maklumat. Jenayah kecurian harta benda antaranya membabitkan aktiviti seperti penggodaman (hacking), penipuan siber (scamming), pencerobohan maklumat dan data (phishing), pemalsuan kad kredit dan kad akaun bank serta pemindahan wang secara haram merupakan jenayah siber yang semakin berleluasa pada masa kini. Dalam pensabitan hukuman bagi jenayah ini menurut perspektif Islam, elemen al-hirz atau tempat simpanan harta merupakan antara perkara utama yang akan diberikan perhatian. Persoalannya, bagaimanakah penilaian Islam terhadap bentuk al-hirz dalam konteks semasa yang telah mengalami perubahan daripada format fizikal kepada format digital. Maka, kajian ini bertujuan menilai kedudukan elemen al-hirz dalam jenayah siber masa kini terutamanya membabitkan aspek pensabitan hukuman bagi jenayah mencuri. Elemen al-hirz dalam format digital yang wujud dalam transaksi atas talian (on-line) masa kini membolehkan pelakunya disabitkan dengan hukuman bagi jenayah mencuri menurut Islam sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan oleh para sarjana Muslim.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email
Meerangani, Khairul Azhar
khairulazhar@kuim.edu.my
Ahmad Termimi, Muhammad Asyraf
UNSPECIFIED
Ibrahim, Ahmad Faqih
UNSPECIFIED
Mat Johar, Muhammad Hilmi
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Contempory Islamic Studies
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS)
ISSN: ISSN 2289-9634 e-ISSN 0128-0902
Volume: 5
Number: 1
Page Range: pp. 55-79
Official URL: https://jcis.uitm.edu.my
Item ID: 42595
Uncontrolled Keywords: Teknologi, Jenayah siber, Kecurian harta, al-Hirz, Transaksi atas talian
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/42595

ID Number

42595

Indexing


View in Google Scholar

Edit Item
Edit Item