Kajian perbandingan kawalan serangga perosak sawi bunga, Brassica Chinensis Var Parachinensis (Bailey) melalui kaedah perangkap cahaya uv, warna dengan feromon dan kawalan kimia / Muzamil Mustaffa and Sarina Hashim

Mustaffa, Muzamil and Hashim, Sarina (2003) Kajian perbandingan kawalan serangga perosak sawi bunga, Brassica Chinensis Var Parachinensis (Bailey) melalui kaedah perangkap cahaya uv, warna dengan feromon dan kawalan kimia / Muzamil Mustaffa and Sarina Hashim. Gading Jurnal Akademik, 1,2 (8). pp. 99-103. ISSN 0128-5599

Download

[thumbnail of 37072.PDF] Text
37072.PDF

Download (1MB)

Abstract

Kajian perbandingan kawalan serangga perosak pada tanaman sawi bunga,
Brassica chinensis var parachinensis (Bailey) di ladangkongsi UiTM Cawangan
Pahang, Kampus Jengka dibincangkan. Sawi bunga diberikan empat (4) perlakuan
iaitu perangkap cahaya ultra ungu (UV), racun kimia, feromon dan warna kuning dan
kawalan Bagi racun kimia dan kawalan, kaedah sapuan digunakan. Purata
bilangan individu serangga yang berjaya ditangkap gabungan replikasi pertama dan
kedua bagi perangkap cahaya ultra ungu (UV), racun kimia, feromon dan warna
kuning dan kawalan masing-masing adalah 1180 ± 290, 48 ± 8, 202 ± 22 dan 60 ±
10 bagi setiap perlakuan. Serangga perosak telah menyebabkan kerosakan kepada
tanaman sawi. Didapati min peratus kerosakan pada daun sawi yang dicerap bagi
replikasi pertama masing-masing adalah 3.67 ± 0.54,3.15 ± 0.41,2.91 ± 0.35 dan
14.21 ± 1.29. Manakala bagi replikasi kedua, masing-masing mencatatkan 2.81 ±
0.38,168 ± 0.27,2.45 ± 0.35 dan 12.58 ± 1.11. Hasil kajian ini menunjukkan bagi
kedua-dua replikasi, perlakuan perangkap cahaya, racun kimia dan feromon dan
warna adalah berbeza secara bererti (p<0025) berbanding kawalan. Namun
perbandingan bagi ketiga-tiga perlakuan menunjukkan tiada perbezaan bererti
(p>0.025). Kertas kerja ini akan membincangkan jenis perlakuan yang disyorkan
kepada Unit Ladang dan Program Diploma Pengurusan Ladang, UiTM Cawangan
Pahang agar kualiti tanaman sawi dapat dipertingkatkan pada masa akan datang

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email
Mustaffa, Muzamil
mmuzamil@uitm.edu.my
Hashim, Sarina
hsarina@uitm.edu.my
Subjects: S Agriculture > SB Plant culture > Pests and diseases
S Agriculture > SB Plant culture > Pests and diseases > Pest control and treatment of diseases. Plant protection
S Agriculture > SB Plant culture > Pests and diseases > Pest control and treatment of diseases. Plant protection > Pesticides > Insecticides
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Gading Jurnal Akademik
UiTM Journal Collections: Others > GADING
ISSN: 0128-5599
Volume: 1,2
Number: 8
Page Range: pp. 99-103
Item ID: 37072
Uncontrolled Keywords: Kawalan serangga perosak, Sawi bunga, Brassica chinensis var parachinensis (Bailey), UiTM Cawangan Pahang.
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/37072

ID Number

37072

Indexing


View in Google Scholar

Edit Item
Edit Item