Adat perkahwinan masyarakat Melayu, kesejajarannya dengan nilai Islam: kajian di Shah Alam / Che Zaharah Abdullah...[et al.]

Abdullah, Che Zaharah and Yahya, Zaharah and Salleh, Fatimah and Alias, Baterah (2015) Adat perkahwinan masyarakat Melayu, kesejajarannya dengan nilai Islam: kajian di Shah Alam / Che Zaharah Abdullah...[et al.]. In: ICOMHAC2015 eproceedings, 16-17 Disember 2015, Century Helang Hotel, Pulau Langkawi.

Download

[thumbnail of 35772.pdf] Text
35772.pdf

Download (418kB)

Abstract

Pepatah Melayu ada mengatakan “biar mati anak, jangan mati adat”. Ia menggambarkan dalam sesetengah situasi adat mendahului kepentingan lain dalam hidup. Dalam masyarakat Melayu adat masih diamalkan terutama dalam majlis perkahwinan. Sistem perkahwinan masyarakat Melayu secara dasarnya banyak dipengaruhi oleh adat-adat Hindu. Namun dengan kedatangan Islam, banyak perubahan yang berlaku selaras dengan niali-nilai Islam. Walau bagaimanapun, hingga kini, masih terdapat beberapa adat perkahwinan masyarakat Melayu yang boleh menimbulkan kekeliruan sama ada ia berupa tuntutan syariat atau adat semata-mata. Objektif kajian ini antara lain untuk menganalisa beberapa adat tradisi perkahwinan masyarakat Melayu yang dilihat sejajar dengan hukum syarak dan juga adat yang bercanggah dengan syariat Islam. Metod yang digunakan dalam kajian ini antaranya kajian perpustakaan, soal selidik dan temu bual dengan mereka yang terlibat. Data-data yang diperolehi akan dianalisa melalui sistem SPSS. Fokus kajian dilakukan dalam kalangan masyarakat Melayu Shah Alam. Di akhir kajian, beberapa saranan akan dikemukakan dan diharap ia dapat memberi kesedaran serta panduan kepada masyarakat Melayu khususnya kepada generasi muda dalam pengendalian majlis perkahwinan.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email
Abdullah, Che Zaharah
Czaharah200@salam.uitm.edu.my
Yahya, Zaharah
zaharah680@salam.uitm.edu.my
Salleh, Fatimah
fatim822@salam.uitm.edu.my
Alias, Baterah
baterah@salam.uitm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and culture
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Event Title: ICOMHAC2015 eproceedings
Event Dates: 16-17 Disember 2015
Page Range: pp. 622-635
Item ID: 35772
Uncontrolled Keywords: Adat, Syariat, Amalan tradisi
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35772

ID Number

35772

Indexing


View in Google Scholar

Edit Item
Edit Item