Perubahan leksis kata pinjaman Cina dalam Bahasa Melayu / Soo Yew Phong

Soo, Yew Phong (2015) Perubahan leksis kata pinjaman Cina dalam Bahasa Melayu / Soo Yew Phong. In: ICOMHAC2015 eproceedings, 16-17 Disember 2015, Century Helang Hotel, Pulau Langkawi.

Download

[thumbnail of 35757.pdf] Text
35757.pdf

Download (267kB)

Abstract

Peminjaman bahasa Cina dalam bahasa Melayu telah berlaku semenjak kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu atas faktor perdagangan, penjajahan Barat dan penghijrahan. Dengan adanya pertembungan budaya antara masyarakat Melayu dengan masyarakat Cina, peminjaman bahasa turut berlaku di dalam pengguna kedua-dua bahasa atas keperluan menamakan pelbagai benda dan konsep baru yang masuk ke dalam kehidupan seharian mereka. Apabila peminjaman bahasa berlaku maka perubahan bahasa juga akan berlaku terutamanya dalam aspek leksis. Perubahan leksis meliputi perubahan dari segi morfologi dan semantik. Kajian ini meninjau perubahan leksis yang berlaku apabila kata pinjaman Cina diserap masuk ke dalam bahasa Melayu. Antara perubahan leksis yang dikenalpasti berlaku dalam kata pinjaman Cina termasuk perubahan (i) makna leksikal, (ii) golongan kata dan (iii) makna nahu setelah ia menerima atau bercantum dengan unsur bahasa Melayu. Untuk perubahan makna leksikal, ada kata pinjaman mengalami penyempitan makna dan ada juga maknanya diperluaskan. Didapati bahawa perubahan golongan kata dan makna nahu leksis Cina terjadi kerana menerima imbuhan bahasa Melayu. Oleh yang demikian, kata pinjaman Cina yang diserap masuk ke bahasa Melayu bukan sahaja memperkayakan khazanah perbendaharaan kata bahasa Melayu, malah perubahan leksis yang berlaku terhadapnya memantapkan lagi sistem komunikasi dalam bahasa Melayu sehingga menjadikannya sebagai lingua franca yang berdaya saing di Nusantara yang terdiri daripada berbilang etnik dan bangsa.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email
Soo, Yew Phong
sooyewphong@melaka.uitm.edu.my
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language. Linguistic theory. Comparative grammar > Philosophy, origin, etc. of language
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language. Linguistic theory. Comparative grammar
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Event Title: ICOMHAC2015 eproceedings
Event Dates: 16-17 Disember 2015
Page Range: pp. 577-590
Item ID: 35757
Uncontrolled Keywords: Kata Pinjaman Bahasa Cina, Perubahan Leksis, Makna, Bahasa Melayu
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35757

ID Number

35757

Indexing


View in Google Scholar

Edit Item
Edit Item