Pengaruh kepercayaan dan agama Islam dalam perubatan tradisional masyarakat Melanau Sarawak / Salmah Omar and Rafidah Mohamad Cusairi

Omar, Salmah and Mohamad Cusairi, Rafidah (2015) Pengaruh kepercayaan dan agama Islam dalam perubatan tradisional masyarakat Melanau Sarawak / Salmah Omar and Rafidah Mohamad Cusairi. In: ICOMHAC2015 eproceedings, 16-17 Disember 2015, Century Helang Hotel, Pulau Langkawi.

Download

[thumbnail of 35741.pdf] Text
35741.pdf

Download (236kB)

Abstract

Perubatan tradisional seperti juga perubatan moden mempunyai matlamat yang sama iaitu bagi menyembuhkan penyakit dan penderitaan dengan konsep dan cara yang tersendiri. Seperti masyarakat tradisional lain, masyarakat Melanau juga bergantung kepada perubatan tradisional untuk mengatasi masalah berkaitan dengan kesihatan. Kemasukan unsur-unsur perubatan moden ke dalam masyarakat Melanau tidak pula menjejaskan sepenuhnya pengetahuan dan kepercayaan mereka terhadap sistem perubatan tradisional. Keadaan ini berlaku kerana sistem itu masih diperlukan dan dipercayai keupayaannya untuk menyembuh dan mengubati sesuatu penyakit yang didapati tidak serasi dengan perubatan dan rawatan moden. Banyak terdapat kes di mana seseorang pesakit yang telah berubat secara moden dan kemudiannya beralih kepada perubatan tradisional sembuh dengan sepenuhnya. Pengetahuan mengenai perubatan tradisional tidak hanya terbatas kepada penggunaan tumbuh-tumbuhan malah masyarakat ini juga menggunakan makhluk halus, jampi mentera dan doa-doa tertentu untuk menyembuhkan penyakit. Oleh itu, kepercayaan dan agama Islam berperanan penting dalam perubatan tradisional masyarakat Melanau. Justeru, artikel ini bertujuan untuk melihat pengaruh kepercayaan dan agama Islam dalam amalan perubatan tradisional masyarakat Melanau di Sarawak.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email
Omar, Salmah
salmahomar@uum.edu.my
Mohamad Cusairi, Rafidah
mcrafidah@uum.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and culture
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Event Title: ICOMHAC2015 eproceedings
Event Dates: 16-17 Disember 2015
Page Range: pp. 522-532
Item ID: 35741
Uncontrolled Keywords: kepercayaan, perubatan tradisional, masyarakat Melanau
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35741

ID Number

35741

Indexing


View in Google Scholar

Edit Item
Edit Item