Pengurusan harta dalam Islam: hibah sebagai instrumen dalam menjamin kemaslahatan masyarakat di Alam Melayu / Nor Azlina Abd Wahab ... [et al.]

Abd Wahab, Nor Azlina and Che Man, Norajila and Ab Hamid, Norafifah (2015) Pengurusan harta dalam Islam: hibah sebagai instrumen dalam menjamin kemaslahatan masyarakat di Alam Melayu / Nor Azlina Abd Wahab ... [et al.]. In: ICOMHAC2015 eproceedings, 16-17 Disember 2015, Century Helang Hotel, Pulau Langkawi.

Abstract

Islam menganjurkan kepada umatnya agar berusaha mencari dan mengumpul harta kekayaan, selagi mana ianya tidak bercanggah dengan syariat. Namun begitu, adakalanya manusia terlupa bahawa harta kekayaan yang dicari tidak akan membawa kebahagiaan sekiranya tidak diuruskan dengan baik. Bagi memastikan harta kekayaan yang di kumpul akan membawa kepada kebahagiaan dan kesejahteraan keluarga, maka ianya perlu kepada perancangan yang rapi. untuk tujuan itu, Islam telah menggariskan beberapa instrumen penting dalam perancangan pengurusan harta, antaranya ialah sistem faraid, hibah dan wasiat. Hibah merupakan salah satu akad daripada sistem muamalat Islam yang kompleks. Ianya merupakan sebahagian daripada undang-undang Islam. Kajian ini dilakukan bagi mengetengahkan konsep hibah sebagai salah satu instrumen yang perlu dilaksanakan sebagai alternatif bagi memastikan pengurusan dan perancangan harta umat Islam dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Sekiranya hibah ini diuruskan dengan teratur dan menepati kehendak syarak, ianya dapat menjamin kemaslahatan kaum kerabat terdekat yang memerlukan bantuan, serta masyarakat di Alam Melayu umumnya.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abd Wahab, Nor Azlina
azlina655@gmail.com
Che Man, Norajila
norajila@melaka.uitm.edu.my
Ab Hamid, Norafifah
norafifah@melaka.uitm.edu.my
Subjects: H Social Sciences > HJ Public Finance > Finance, Islamic
K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh > Gifts (Islamic law). Charitable gifts. Ṣadaqah. Donations. Hibah
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Event Title: ICOMHAC2015 eproceedings
Event Dates: 16-17 Disember 2015
Page Range: pp. 276-289
Keywords: Pengurusan, Harta, Hibah, Kemaslahatan, Alam Melayu
Date: December 2015
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35685
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 35685.pdf] Text
35685.pdf

Download (451kB)

ID Number

35685

Indexing

Statistic

Statistic details