Tipologi pengunjung / pelancong domestik bagi sebuah destinasi pelancongan bandar. Kajian kes : Bandar Melaka / Nurzeti Abdul Rahman, Hasniza Abdullah and Nurul Huda Hashim

Abdul Rahman, Nurzeti and Abdullah, Hasniza and Hashim, Nurul Huda (2009) Tipologi pengunjung / pelancong domestik bagi sebuah destinasi pelancongan bandar. Kajian kes : Bandar Melaka / Nurzeti Abdul Rahman, Hasniza Abdullah and Nurul Huda Hashim. [Research Reports] (Unpublished)

Download

[thumbnail of 35606.PDF] Text
35606.PDF

Download (120kB)

Abstract

Tipologi pelancong domestik bagi sebuah destinasi pelancongan bandar adalah pengkelasan pelancong domestik kepada segmen-segmen khusus yang dicirikan oleh beberapa faktor yang serupa seperti profil pelancong, ciri-ciri perjalanan, motivasi pelancong, aktiviti yang dilakukan serta tahap kepuasan dan pengalaman yang diperolehi pelancong semasa membuat lawatan ke sesebuah destinasi pelancongan bandar. Bandar adalah merupakan destinasi yang mempunyai pelbagai fungsi yang dikunjungi samada oleh penduduk tempatan mahupun pelancong/ pengunjung domestik dari luar. Biasanya. tarikan pelancongan bagi sebuah bandar adalah melibatkan sumberjaya kebudayaan dan warisan selain sebagai destinasi membeli-belah dan rekreasi. Oleh itu, kajian ini akan melihat dan mengenalpasti siapakah pelancong / pengunjung domestik yang mengunjungi Bandar Melaka dan bagaimanakah ciri-ciri mereka hasil dari beberapa faktor yang telah disebutkan di atas. Soalselidik pelancong dijalankan bagi mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membina tipologi pelancong bagi Bandar Melaka ini. Hasil kajian mendapati bahawa keadaan bandar yang kompleks tidak menjadi penentu terhadap pembentukan tipologi pengunjung domestik, memandangkan pengguna (pelancong/ pengunjung) domestik tidak melibatkan bilangan penduduk tempatan yang tinggi. Ini adalah disebabkan oleh perubahan fungsi Bandar Melaka yang tidak lagi memberikan perkhidmatan kepada penduduk tempatan. Justeru, Bandar Melaka dilihat sebagai destinasi yang hanya menarik minat pelancong domestik dari luar kawasan Negeri Melaka dan aktiviti serta penawaran produk pelancongan bandar yang ada tidak mempengaruhi kedatangan pengunjung dari kalangan penduduk tempatan. Kesimpulan yang dibuat adalah Bandar Melaka dikunjungi oleh majoriti pelancong/ pengunjung domestik dari luar Negeri Melaka dan tipologinya dipengaruhi oleh faktor-faktor penawaran produk pelancongan yang tertentu yang terdapat di Bandar Melaka.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email
Abdul Rahman, Nurzeti
UNSPECIFIED
Abdullah, Hasniza
UNSPECIFIED
Hashim, Nurul Huda
UNSPECIFIED
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel and the state. Tourism
G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel and the state. Tourism > Malaysia
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Research
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Research > Statistical methods
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Item ID: 35606
Uncontrolled Keywords: Kebudayaan Dan Warisan, Pelancongan, Tipologi, Melaka
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/35606

Fulltext

Fulltext is available at:
  • Bilik Koleksi Akses Terhad PTAR | Kampus Permatang Pauh, Pulau Pinang
  • ID Number

    35606

    Indexing


    View in Google Scholar

    Edit Item
    Edit Item