Pencapaian matematik antara pelajar bumiputera daripada sekolah yang menggunakan bahasa pengantar bahasa melayu dan bahasa cina / Syafiza Saila Samsudin, Hasmiah Bahari and Ung Ling Ling

Samsudin, Syafiza Saila and Bahari, Hasmiah and Ung, Ling Ling (2012) Pencapaian matematik antara pelajar bumiputera daripada sekolah yang menggunakan bahasa pengantar bahasa melayu dan bahasa cina / Syafiza Saila Samsudin, Hasmiah Bahari and Ung Ling Ling. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat pencapaian matematik antara pelajar
bumiputera daripada sekolah yang menggunakan bahasa pengantar Bahasa Melayu dan
Bahasa Cina. Kajian dijalankan ke atas pelajar semester satu yang mengikuti pengajian
diploma di Universiti Teknologi MARA, Kampus Kota Kinabalu. Pelajar-pelajar ini
dipilih mengunakan teknik persampelan rawak mudah dari program Diploma Perbankan,
Diploma Perakaunan, Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Pengurusan Ladang,
Diploma Pentadbiran Awam dan Diploma Sains. Seramai 215 responden telah menjawab
soalan yang diberikan kepada mereka. Namun demikian, hanya 114 data sahaja yang
dapat digunakan kerana terdapat sesetengah soalan tidak dijawab sepenuhnya oleh
pelajar.
Penyelidik cuba untuk melihat adakah wujud perbezaan skor markah bagi pelajar
yang menghadiri dua jenis sekolah yang berbeza ini. Selain daripada itu, penyelidik juga
ingin melihat adakah terdapat perbezaan skor markah bagi pelajar yang dari aliran sains
dan bukan sains. Kajian juga seterusnya ingin melihat perbezaan skor markah antara
pelajar yang dari program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) dan bukan MOAB.
Data dianalisis dengan menggunakan SPSS (Statistical Packages for Social
Science) dan hasil kajian dibincangkan dalam bab 4 laporan kajian ini. Hasil ujian
mendapati tidak ada perbezaan skor markah bagi pelajar yang menghadiri SK dan SRJKC
dan juga bagi pelajar dari aliran sains dan bukan sains. Namun, kajian mendapati ada
perbezaan skor markah bagi pelajar dari program MOAB dan bukan MOAB.
Di akhir kajian, cadangan-cadangan telah dikemukan bagi menghasilkan dapatan
yang lebih signifikan. Maka dengan itu, cadangan boleh di ajukan kepada pihak sekolah
agar pencapaian pelajar dapat ditingkatkan di masa akan datang.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Samsudin, Syafiza Saila
syafi915@uitm.edu.my
Bahari, Hasmiah
UNSPECIFIED
Ung, Ling Ling
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Performance. Competence. Academic achievement
L Education > LB Theory and practice of education > Educational productivity
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Research
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Keywords: Matematik, Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB), Statistical Packages for Social Science (SPSS), Kampus Kota Kinabalu
Date: July 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34926
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 34926.PDF] Text
34926.PDF

Download (977kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

34926

Indexing

Statistic

Statistic details