Penggunaan Pleco dalam pembelajaran bahasa Mandarin / Lee Chai Chuen and Nor Azrina Mohd Yusof

Lee, Chai Chuen and Mohd Yusof, Nor Azrina (2018) Penggunaan Pleco dalam pembelajaran bahasa Mandarin / Lee Chai Chuen and Nor Azrina Mohd Yusof. In: International Conference on Heritage and Civilisation (ICHAC) 2018, Rainbow Paradise Beach Resort, Pulau Pinang.

Download

[thumbnail of 34915.pdf] Text
34915.pdf

Download (1MB)

Abstract

Keupayaan berkomunikasi dalam Bahasa Mandarin dengan efisyen secara lisan dan bertulis oleh seorang graduan universiti adalah sangat penting dalam mendepani cabaran Industri 4.0 and Internet of Things (IoT). Namun demikian, mempelajari Bahasa Mandarin bukan suatu perkara yang mudah kepada para graduan Melayu yang tidak mempunyai asas Bahasa Mandarin. Ini kerana sebagai penutur bukan jati Bahasa Mandarin, mereka bukan
sahaja perlu belajar bertutur dalam Bahasa Mandarin, malahan membaca dan menulis dengan menggunakan satu set karakter Cina yang berbeza dengan Bahasa Melayu. Hakikatnya, mempelajari Bahasa Mandarin merupakan satu cabaran besar terhadap pelajar yang langsung tidak mengenali atau memahami bahasa tersebut. Kajian awal ini bertujuan untuk memperkenalkan Kamus Cina Pleco dalam pengajaran Bahasa Mandarin di kalangan pelajar-pelajar Melayu UiTM. Kamus Cina Pleco ini merupakan produk Pleco Software Incorporated. Pleco mempunyai empat ciri istimewa seperti kamus luar talian, enjin
pencarian asas yang mudah, pengecaman tulisan tangan dan pengecaman karakter optik, justeru itu penggunaan Pleco ini dijangka mampu dapat membantu memudahkan pembelajaran Bahasa Mandarin.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email
Lee, Chai Chuen
lcc76@kedah.uitm.edu.my
Mohd Yusof, Nor Azrina
yina1437@kedah.uitm.edu.my
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Educational technology
L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Event Title: International Conference on Heritage and Civilisation (ICHAC) 2018
Page Range: pp. 215-224
Item ID: 34915
Uncontrolled Keywords: Bahasa Mandarin; Pleco; penutur bukan jati
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34915

ID Number

34915

Indexing


View in Google Scholar

Edit Item
Edit Item