Pengamalan solat fardhu dalam kalangan pelajar Pengurusan Dalam Islam, Jabatan Perdagangan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS) / Norzira Ahmad

Ahmad, Norzira (2019) Pengamalan solat fardhu dalam kalangan pelajar Pengurusan Dalam Islam, Jabatan Perdagangan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS) / Norzira Ahmad. In: LEC 2019, 17&18 April 2019, Rainbow Paradise Beach Resort, Pulau Pinang.

Download

[thumbnail of 34211.pdf] Text
34211.pdf

Download (389kB)

Abstract

Kajian tindakan ini dijalankan bagi mengetahui tentang sejauh mana kefahaman pelajar terhadap kepentingan dan pengamalan ibadah solat fardhu dalam kehidupan seharian mereka. Kajian ini memberi fokus kepada 3 skop iaitu tahap pengetahuan, pengamalan dan faktor-faktor utama pelajar-pelajar melaksanakan ibadah solat. Responden kajian ini adalah semua pelajar muslim yang mengikuti kursus DUA 2022 Pengurusan Dalam Islam semester dua yang berjumlah seramai 100 orang. Pelajar-pelajar ini meliputi kelas Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK), Diploma akauntansi (DAT) dan Diploma Pengajian Perniagaan (DPM). Rasional kajian ini diadakan oleh pengkaji adalah kerana para pelajar tersebut perlu mempelajari bab solat bagi kursus tersebut serta memenuhi 20 % bagi markah Ujian Amali Solat. Daripada pengalaman dan pemerhatian pengkaji semasa mengajar bab tersebut dan menjalankan Amali Solat selama beberapa tahun mendapati ramai pelajar bermasalah dalam amalan solat fardhu mereka. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian serta menggunakan statistik deskriptif untuk mendapatkan nilai peratus. Hasil analisis menunjukkan responden mengetahui dan memahami tentang kepentingan solat. Namun tahap pengamalan solat dalam kalangan pelajar tersebut masih kurang memuaskan. Oleh itu, beberapa cadangan turut dikemukakan bagi meningkatkan tahap kesedaran dan mempertingkatkan lagi amalan solat dalam kalangan pelajar semester dua tersebut dan khususnya kepada semua pelajar PTSS.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email
Ahmad, Norzira
norziraptss@gmail.com
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology > The practice of Islam. Islam and work
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Event Title: LEC 2019
Event Dates: 17&18 April 2019
Page Range: pp. 83-93
Item ID: 34211
Uncontrolled Keywords: Pengamalan solat fardhu; tahap pengetahuan; pengamalan dan faktor utama perlaksanaan solat fardhu
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34211

ID Number

34211

Indexing


View in Google Scholar

Edit Item
Edit Item