Persaingan merebut jalan tengah dan aksi politik Parti-Parti Politik Islam dan Pertubuhan Sukarela Islam Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12, 2008 / Mohammad Redzuan Othman and Shaharuddin Badaruddin

Othman, Mohammad Redzuan and Badaruddin, Shaharuddin (2010) Persaingan merebut jalan tengah dan aksi politik Parti-Parti Politik Islam dan Pertubuhan Sukarela Islam Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12, 2008 / Mohammad Redzuan Othman and Shaharuddin Badaruddin. In: ICOPS 2010 : International Conference on Public Polices & Social Sciences : E-Proceedings, 26 to 27 May 2010, SP Inn Hotel, Sungai Petani Kedah, Malaysia.

Download

[thumbnail of 34045.pdf] Text
34045.pdf

Download (390kB)

Abstract

Pilihan Raya Umum ke-12, 2008 telah menukar lanskap politik Malaysia. Buat pertama kalinya dalam sejarah, parti politik Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah Malaysia selama lebih 50 tahun telah kehilangan dua pertiga majoriti di Parlimen dan juga kehilangan beberapa negeri. Antara sebab yang paling utama ialah kejayaan parti pembangkang untuk mendapatkan undi daripada masyarakat bukan Islam dan juga kejayaannya membentuk satu pakatan untuk menjadi kerajaan alternatif kepada pemerintahan yang sedia ada, selain daripada isu-isu tadbir urus yang menjatuhkan kredibiliti parti pemerintah.
Sejarah politik Malaysia memang banyak bergantung kepada bagaimana parti politik boleh mempengaruhi kelompok masyarakat Melayu Islam yang menjadi majoriti masyarakat di Malaysia, diimbangi dengan sokongan daripada masyarakat bukan Islam. Sokongan daripada kedua kelompok inilah yang menjadi teras kepada kejayaan BN sejak tahun 1957. Selain daripada itu dalam konteks politik Islam, ianya dipenuhi dengan persaingan antara parti politik UMNO sebagai parti komponen terkuat BN dan PAS sebagai pembangkang utama. Kejayaan UMNO adalah kerana imejnya yang sederhana dalam mempertahankan Islam dan juga berjaya melabelkan PAS sebagai ekstrimis dan fundamentalis.
Namun persaingan politik yang berlaku semenjak tahun 2004 telah membawa haluan yang berbeza. BN dengan dasar-dasarnya yang berkait rapat dengan isu Melayu dan Islam telah mula kehilangan pengaruh di kalangan kelompok bukan Islam, sementara parti politik dalam Pakatan Rakyat telah berjaya meraih sokongan bukan Islam apabila berjaya mengemukakan dasar terbukanya. Perubahan ini berlaku terutamanya kepada PAS yang mula bersifat terbuka terutamanya atas isu wanita dan bukan Islam. Kesannya dapat dilihat daripada tren pengundian penyokong masyarakat bukan Islam yang boleh menerima dan mengundi calon-calon PAS.
∗Tren sebegini berterusan terutamanya selepas Pilihan Raya Umum ke-12, 2008 apabila timbulnya beberapa isu yang sebelumnya dianggap sensitif tetapi telah berjaya ditangani secara baik oleh parti pembangkang. Isu-isu seperti Hak Istimewa Orang Melayu, isu babi, isu perpaduan Melayu, isu tauliah agama di Selangor dan yang terakhirnya isu Kalimah Allah telah menjadi perdebatan yang hebat terutamanya polemik antara BN dan Pakatan Rakyat dan juga di kalangan Badan bukan kerajaan (NGO). Pandangan tentang universal Islam yang berteraskan kepada pandangan ulama antarabangsa daripada Timur Tengah seperti Yusof Qaradhawi dan Wahba Zuhaili yang dibawa oleh Anwar Ibrahim yang dikatakan bertentangan dengan Islam lokal pandangan Syed Naquib al-Attas dan Siddiq Fadhil. Kertas kerja ini akan cuba menumpukan kepada isu-isu tersebut terutamanya selepas PRU ke-12 dan penekanannya akan diberikan kepada isu kalimah Allah dan perdebatan yang melingkarinya

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email
Othman, Mohammad Redzuan
UNSPECIFIED
Badaruddin, Shaharuddin
UNSPECIFIED
Subjects: J Political Science > JF Political institutions and public administration > Elections. Electoral systems. Voting
J Political Science > JF Political institutions and public administration > General. Comparative government
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Event Title: ICOPS 2010 : International Conference on Public Polices & Social Sciences : E-Proceedings
Event Dates: 26 to 27 May 2010
Page Range: pp. 1-19
Item ID: 34045
Uncontrolled Keywords: Politik; PAS; UMNO
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/34045

ID Number

34045

Indexing


View in Google Scholar

Edit Item
Edit Item