Adat perkahwinan tradisional Melayu Melaka / Shahhidah Jaafar

Jaafar, Shahhidah (2002) Adat perkahwinan tradisional Melayu Melaka / Shahhidah Jaafar. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Melaka.

Download

[thumbnail of 33881.pdf] Text
33881.pdf

Download (1MB)

Abstract

"Adat Perkahwinan Tradisional Melayu Melaka" merupakan suatu adat yang tinggi nilainya. Jika dilihat, istilah 'adat' itu sendiri telah membawa makna yang sungguh mendalam dimana adat sebenarnya merangkumi segala acara dalam hidup yang diamalkan berabad lamanya, sejak zaman nenek moyang sehinggalah ke generasi terkini. Adat yang dahulu kala ini amat diagungi dan disanjungi, kini kian ditelan zaman. Warisan bangsa yang cuba dikekalkan oleh nenek moyang kita ini semakin dilupakan. 'Adat' muncul sebagai struktur asas seluruh kehidupan dan menegaskan ciri keperibadian sesebuah masyarakat. Justeru itu, adat mempunyai cerita atau mitos suci,watak-watak asal usul yang gagah dan unggul, dan memberi asas makna terhadap setiap peristiwa dalam edaran hidup manusia serta kewujudan institusi dalam masyarakatnya. Ia adalah identiti yang berfungsi mengintergrasi seluruh masyarakat dan kelompok kecil masyarakat."Adat Perkahwinan Tradisional Melayu Melaka" merupakan satu kesenian yang mempunyai keunikan yang begitu bernilai sehingga tiada tolok bandingnya. Ini kerana, didalamnya terkandung adat istiadat lama, pantang larang, amalan dan kepercayaan yang diamalkan, pakaian dan alat perhiasan yang indah diperagakan, makanan serta hiburan yang disediakan. Dalam erti kata lain, setiap yang unik dan istimewa didalam adat ini harus dipelihara kerana ia merupakan satu perjuangan yang utuh dari nenek moyang kita dalam memartabatkan keindahan budaya bangsa ini dari ditelan zaman. Negeri Melaka yang sememangnya sebuah negeri yang kaya dengan sejarah dan turut mengamalkan Adat Temenggung telah memperlihatkan suatu adat yang istimewa berbeza dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Keistimewaan ini bukan sahaja indah diperlihat malah turut memberi mesej positif yang menggambarkan kehidupan atau perlakuan sosial, ekonomi dan agama bagi sesuatu bangsa dan negara. Adat yang terkandung di dalam Perkahwinan Tradisional Melayu Melaka amat istimewa dan berbeza dari negeri-negeri lain di Malaysia ini. Ianya merupakan satu identiti yang utuh yang menggambarkan Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Dilihat dari segi sejarahnya, Adat Perkahwinan Tradisional Melayu Melaka ini telah wujud sejak beratus-ratus tahun dahulu. Ianya juga banyak dipengaruhi budaya-budaya luar khususnya dari budaya China dan India. Kadangkala terdapat juga terselit sekelumit unsur negatif Namun begitu, permasalahan ini tidak menjejaskan keaslian serta keunggulan"Adat". Dapat disimpulkan disini, adat ini harus dipelihara bak kata pepatah lama 'biar mati anak, jangan mati adat'. Peribahasa ini turut menggambarkan betapa tingginya nilai sesuatu adat yang diamalkan sejak turun-menurun ini. Ianya amat berharga.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email
Jaafar, Shahhidah
98112831
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > Customs relative to private life
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > The family. Marriage. Home
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Programme: Bachelor of Graphic Design (AD241)
Item ID: 33881
Uncontrolled Keywords: Adat Melayu; Adat perkahwinan; Melaka
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/33881

Fulltext

Fulltext is available at:
  • Library Terminal Workstation (Digital Format) - Accessible via UiTM Libraries
  • ID Number

    33881

    Indexing


    View in Google Scholar

    Edit Item
    Edit Item